HomeUtamaKerajaan Kesal Tindakan Sindiket Palsukan Sijil Digital COVID-19

Kerajaan Kesal Tindakan Sindiket Palsukan Sijil Digital COVID-19

Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan kesal dengan tindakan individu yang memalsukan sijil digital vaksinasi COVID-19 di dalam aplikasi MySejahtera yang dilihat sebagai satu tindakan sabotaj dalam memerangi wabak berbahaya itu khususnya di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tindakan pemalsuan sijil digital itu juga akan mengakibatkan korban kepada individu yang membeli akibat kecuaian yang ingin keuntungan berlebihan.

“Ini suatu yang amat kita kesali dimana kita berhadapan dengan satu penyakit yang cukup berbahaya, tetapi masih ada yang terfikir untuk menipu.  Bagi saya ini satu tindakan sabotaj untuk kita memerangi COVID-19.

“Akibat daripada kecuaian sindiket ini, kita tidak akan menyangka akan ada yang mejadi korban akibat kecuaian skim penipuan yang mahu mendapatkan keuntungan dengan mudah.

“Jadi saya minta kepada semua rakyat khususnya yang tersalah beli dan menjadi mangsa kepada skim ini agar segera mendapatkan vaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan Kepada Sekolah Vernakular dan Mubaligh, Gereja serta Kuil bagi tahun 2021 dan penyerahan kepada singa sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2022 di Pusat Konvensyen Antabangsa Sabah (SICC) disini hari ini.

Masidi berkata sebagai mengulas pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai kewujudan sindiket penipuan bagi mendapat sijil vakisnasi COVID-19 di Sabah.

Ia berikutan penahanan seorang lelaki yang didakwa merasuah sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini untuk mendaftarkan sijil digital vaksinasi COVID-19 dalam aplikasi MySejahtera untuk individu yang belum divaksin.

Beliau berharap agar siasatan berhubung kes berkenaan dilaksanakan dengan baik selain menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan termasuk mendakwa di Mahkamah.

“Kepada individu yang terlibat, saya berharap pihak polis akan menyiasat sebaiknya dan jika didapati bersalah, dakwa di Mahkamah untuk tindakan yang sesuai,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengambil tindakan kepada guru-guru yang masih enggan menerima vaksin COVID-19.

“Setakat ini kita belum ada statistik, tapi kita biarkan tindakan yang sesuai dilaksanakan oleh KPM kepada mereka yang belum divaksin.

“Walaupun vaksin itu bukan sesuatu yang wajib, tapi saya fikir disebabkan mereka (guru) berdepan dengan orang ramai khususnya murid, sebolehkan dapatkan vaksin,”katanya.

Masidi berkata, murid-murid sentiasa terdedah dengan risiko jangkitan di kelas dan luar kelas.

“Mereka ini (berusia bawah 12 tahun) belum mendapat vaksin, dan mungkin juga boleh memberi virus kepada semua yang berdekatan dengan mereka,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular