Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip

10 Kompaun Dikeluarkan, Gagal Daftar Masuk Premis Guna Mysejahtera atau Buku Pendaftaran

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 10 kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan di bawah Seksyen 25 Akta 342 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia iaitu kegagalan untuk mendaftar masuk ke premis sama ada menggunakan Mysejahtera atau Buku Pendaftaran selain dua kompaun dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu operasi di City Mall pada Selasa lalu.

Mayor DBKK, Datuk Noorliza Awang Alip berkata, DBKK melalui Jabatan Penguatkuasaan (JP) dan Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB), DBKK telah melaksanakan satu operasi ‘Ops Putus Khas’ di City Mall, Kota Kinabalu pada 11 Januari 2022, bermula jam 2.30 petang hingga jam 4.30 petang.

“Operasi ini bertujuan untuk membuat pemeriksaan dan pemantauan pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) di kawasan tersebut yang mana telah diketuai oleh Timbalan Pengarah JP, Fohny Garampang,”katanya.

Menurut Noorliza, seramai 240 orang pelanggan dan 95 orang pekerja diperiksa dalam operasi pemeriksaan pematuhan SOP melibatkan sebanyak 44 premis perniagaan dan makanan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan agar semua pengusaha premis perniagaan untuk sentiasa patuh terhadap SOP yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *