HomeIsu tempatanUMS Seiring Dengan Hala Tuju KPT, MQA Pacu Kecemerlangan Pendidikan Tinggi

UMS Seiring Dengan Hala Tuju KPT, MQA Pacu Kecemerlangan Pendidikan Tinggi

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU : Universiti Malaysia Sabah (UMS) sentiasa seiring dan selari dengan hala tuju Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam memacu kecemerlangan pendidikan tinggi tempatan.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS Profesor Dr Rasid Mail berkata, ia bagi memastikan agar selari dengan moto kementerian iaitu ‘Leading Excellence in Academic Prominence (LEAP)’.

Katanya, Pusat Jaminan Kualiti (CQA) telah ditubuhkan melalui kelulusan Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti pada 21 Februari 2021 yang berfungsi mengurus dan memantau hal ehwal berkaitan jaminan kualiti akademik dan perkhidmatan di UMS.

“Untuk rekod, sebelum CQA ditubuhkan, hal ehwal kualiti akademik diletakkan di bawah tanggungjawab Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA).

“Selaras dengan objektif MQA, UMS sentiasa memastikan setiap program ditawarkan mencapai piawaian sekurangnya-kurangnya kualiti minimum ditetapkan MQA dan juga badan akreditasi global.

“Sebagai peneraju universiti tempatan di Borneo, UMS sentiasa memberi kerjasama kepada MQA dalam semua aktiviti akreditasi dan jaminan kualiti supaya hasrat KPT tercapai dengan memastikan semua program ditawarkan mendapat akreditasi daripada MQA,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Talk @ Jelajah CEO MQA : Era Baharu MQA disini semalam.

Dr Rasid berkata, aktiviti jaminan kualiti seperti Latihan OBE, Constructive alignment, Latihan 2u2i, Micro-credential dan banyak lagi adalah antara usaha ke arah memastikan program-program yang ditawarkan di UMS sentiasa mematuhi standard dan keperluan akreditasi program.

Katanya, selain itu permohonan dan aktiviti audit akreditasi sementara, akreditasi penuh serta pematuhan merupakan aktiviti yang dilaksanakan secara berjadual dengan UMS.

“Kunjungan panel audit MQA secara fizikal atau secara dalam talian ke UMS telah membantu UMS untuk memastikan jaminan kualiti menjadi keutamaan kepada semua program-program yang ditawarkan di UMS,” katanya.

Katanya, UMS akan sentiasa memastikan program-program yang ditawarkan mengikut arus perdana Market-Ready Graduates dengan menawarkan program pengajian berasaskan 2u2i/2u1i/3u1i.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS anjur Karnival Usahawan Mahasiswa sempena Hari Kanak-kanak Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular