HomeIsu tempatan250,000 Pemandu MyCar Dilindungi Insurans

250,000 Pemandu MyCar Dilindungi Insurans

Read Time:1 Minute, 5 Second

SHAH ALAM: Syarikat pengendali e-hailing MyCar Asia (MyCar) sentiasa menjaga kebajikan semua pemandu dibawah kendaliannya termasuk memberikan insuran perlindungan percuma kepada 250,000 pemandu MyCar yang berdaftar.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCar, Datuk Noor Sheena Maideen berkata, langkah itu bagi memastikan kebajikan semua pemandu berdaftar sentiasa terjamin khususnya ketika bekerja menerusi aplikasi berkenaan.

Katanya, pemandu MyCar yang berdaftar akan dilindungi di bawah program Perlindungan Insurans Tenang.

“Saya sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakan pemandu MyCar dimana saya sendiri menggunakan perkhidmatan MyCar pada setiap hari bagi mendengar sendiri luahan rakan pemandu kita.

“Mengambil kira luahan mereka, maka termeterainya jalinan kerjasama di antara kami dengan AmCare Agency,” katanya selepas majlis menandatangi Memorandum Persafahaman (MoU) antara MyCar dengan Amcare Agency di sini semalam.

Pada majlis itu, MyCar diwakili oleh Noor Sheena manakala Amcare Agency oleh Pengerusinya, Tan Sri Abdullah Taib.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif AmCare Agency, Datuk Mohamad Zahari Harun berkata, pihaknya bersetuju menjalankan ujian pemeriksaan kesihatan percuma kepada pemandu MyCar.

“Sebagai permulaan, seramai 250,000 pemandu MyCar akan dilindungi insurans di bawah program Perlindungan Insurans Tenang.

“Pemandu juga akan diberi perlindungan sekiranya terdapat kes undang-undang melibatkan mereka dengan pelanggan MyCar,” katanya.

Terdahulu, Noor Sheena berkata, MyCar kini sudah berada di Lembah Kelang, Terengganu, Pahang dan dijangka akan berada di Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular