HomeUtamaCOVID-19 : 73 Pelajar SMK Sandakan Positif COVID-19, Cetus Kluster Baharu Di...

COVID-19 : 73 Pelajar SMK Sandakan Positif COVID-19, Cetus Kluster Baharu Di Sabah

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Sabah merekodkan satu lagi kluster berkaitan institusi pendidikan yang melibatkan pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sandakan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sehingga kini Kluster Jalan Pertukangan itu telah mencatatkan sebanyak 73 kes termasuk 67 kes yang dilaporkan hari ini.

“Kes indeks adalah seorang pelajar asrama SMK Sandakan berusia 16 tahun. Kes mula bergejala pada 16 Januari 2022, menjalani ujian pengesanan COVID-19 dan disahkan positif pada hari yang sama.

“Saringan bagi mengesan kontak rapat kes telah dijalankan dan sehingga kini telah berjaya mengesan 72 lagi kes positif,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, kesemua pesakit adalah dalam Kategori 1 dan 2 sahaja dan telah diberikan rawatan yang sesuai.

Sementara itu, Masidi berkata, Kluster Jalan Pertukangan itu turut mengakibatkan jumlah kes harian di Sabah melonjak ke 242 kes.

Katanya, ini merupakan peningkatan sebanyaj 41 kes berbanding semalam.

“Sebanyak enam daerah mencatatkan kes dua angka dengan Sandakan (74 kes), Kota Kinabalu (33 kes) dan Tuaran (23 kes).

“Sebanyak 15 daerah mencatatkan kes satu angka dan enam daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu,”katanya.

Katanya, dua daerah mencatatkan peningkatan dua angka iaitu Sandakan +60 kes dan Kota Belud +11 kes, manakala hanya satu daerah yang menunjukkan penurunan dua angka iaitu Tuaran -14 kes.

“Sebanyak lapan daerah kekal sebagaimana catatan semalam. Sebanyak 238 daripada 242 kes baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, tiga kes dalam Kategori 3, tiada kes dalam Kategori dan 1 pesakit dalam Kategori 5,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas jika tidak senonoh ketika sambutan Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya