HomeUtamaCOVID-19 : Sekolah Terlibat Kluster Tidak Akan Ditutup

COVID-19 : Sekolah Terlibat Kluster Tidak Akan Ditutup

Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU : Penularan kes jangkitan COVID-19 di sekolah yang terlibat dengan kluster di Sabah baru-baru ini tidak akan ditutup kerana jumlah kes kini masih terkawal.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ini kerana jumlah kes bagi kluster membabitkan institusi pendidikan hanya terhad dalam kalangan pelajar yang tinggal dalam penginapan asrama.

“Sekarang ini kita lihat sejauh mana perebakan virus itu berlaku.  Jika kita lihat di Ranau, jumlah yang dijangkiti tidak begitu ramai kerana ianya terhad dalam satu bilik penginapan asrama.

“Justeru itu, kita mengambil pendekatan sebolehnya kita mengelak berlakunya penutupan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) dan pelancaran Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS), Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA) 2022 di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Masidi yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, cara pengurusan COVID-19 kini telah berbeza dan berlainan berbanding sebelum ini.

Katanya, pelaksanaan ‘lockdown’ dan ‘total lockdown’ sebelum ini tepaksa dilaksanakan bagi mengurangkan penularan jangkitan COVID-19 disebabkan belum adanya pemberian vaksin.

“Tetapi sekarang kita sudah ada vaksin dan seperti mana saya jelaskan baru-baru ini, vaksin ini mampu mengurangkan gejala kepada mereka yang dijangkiti.  Jadi pendekatan kita adalah untuk pastikan semua orang mendapat vaksin.

“Daripada apa yang kita pelajari dan bagi mengurangkan kes jangkitan akibat penularan jangkitan, adalah lebih baik semua untuk mematuhi prosedur standard operasi (SOP)  dengan lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menunjukkan majoriti pesakit baharu adalah mereka yang telah menerima vaksin lengkap.

“Tetapi pada masa sama, statistik menunjukkan hampir semua yang dijangkiti itu hanya berada dalam kategori satu dan dua iaitu tiada gejala atau gejala ringan dan tidak perlukan rawatan hospital.

“Pengajaran kita terima daripada statistik setiap hari, alangkah baiknya semua orang patuhi SOP dengan baik, bukan sahaja mengurangkan jangkitan tetapi mengurangkan jumlah mereka yang dalam kategori lebih serius,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular