RFID: Kerajaan putuskan pengguna perlu diberi pilihan – Ismail Sabri

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:45 Second

KUALA LUMPUR: Pengguna perlu diberikan pilihan sama ada mereka mahu menggunakan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) atau tidak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, mesyuarat Kabinet pada Rabu membincangkan isu tersebut dan sepakat dengan ketetapan agar rakyat mesti diberikan pilihan.

Mengambil contoh perkhidmatan ‘Touch n GO’ yang diperkenalkan sebelum ini, Ismail Sabri berkata ia tidak dilaksanakan secara terus namun berbentuk pilihan kepada rakyat.

“Cuma kita kata cadangan bagus tetapi dari segi pengguna mereka mesti diberi pilihan sama ada nak guna RFID atau nak guna ‘Touch n GO” atau ‘Smart TAG’.

“Dari segi lorong, jangan semua RFID kalau kita diberi pilihan. Kalau ada 10 lorong, mungkin beberapa lorong RFID Dan selebihnya ‘Touch n GO’ dan Smart TAG.

“Kita tak mahu ada tekanan kepada pengguna jalan raya. Berikan mereka kebebasan memilih. Serah kepada pengguna untuk buat pilihan. Kalau mereka rasa RFID mudahkan jalan, mereka boleh tukar,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *