HomeUtamaKerajaan Beri Fokus Sedia Kediaman Selesa Kepada Golongan Kurang Berkemampuan

Kerajaan Beri Fokus Sedia Kediaman Selesa Kepada Golongan Kurang Berkemampuan

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan akan terus memberi fokus bagi membantu dan menyediakan kediaman yang selesa kepada golongan kurang berkemampuan khususnya mereka yang terdiri dari golongan B40.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, ia termasuklah membantu mengenalpasti penerima rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dilaksanakan kerajaan.

“Ini adalah antara sasaran utama kita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai dimana kita mahu lebih ramai mereka yang layak menerima rumah yang selesa untuk jangka panjang.

“Selain itu, kita juga ingin memberi fokus untuk menyediakan kediaman yang selesa kepada golongan termiskin yang masih belum mempunyai kediaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan rumah PPRT kepada seorang asnaf di Kampung Boronuon, Telipok, Lainah @ Laimah Liun.

Yakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata, kerajaan juga akan mengambil kiran mereka yang memerlukan bantuan untuk membaik pulih rumah.

“Pada hari ini sebuah lagi rumah PPRT berjaya disiapkan seterusnya diserahkan kepada penerima yang layak di DUN Karambunai iaitu Puan Lainah @ Laimah Liun.

“Sudah pasti, saya berharap dengan adanya rumah baharu ini ianya akan dapat memberi keselesaan kepadanya sekeluarga,” katanya.

Beliau turut berharap agar kerajaan Persekutuan dan negeri dapat menambah peruntukan bagi membolehkan lebih ramai rakyat tidak berkemampuan dibantu memiliki rumah sendiri yang lebih selesa melalui program PPRT.

Selain itu, Yakub berkata, pihaknya akan bekerjasama rapat bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) agar selepas ini ramai mendapat manfaat PPRT di masa akan datang.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular