Rugayah (kanan) menerima sumbangan daripada Ketua PETRONAS Sabah & Labuan, Siti Ayu Haniza Wahab sambil disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Yayasan Kebajikan Sabah Terima Sumbangan RM1.1 Juta

Read Time:35 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyampaian sumbangan cek bernilai RM1.1 juta kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) oleh PETRONAS dan Yayasan Tengku Abdullah.

YKS yang dilancarkan pada September tahun lalu oleh Kerajaan Negeri telah ditugaskan untuk melaksanakan agenda kebajikan kerajaan untuk kumpulan sasar.

Rugayah (kanan) menerima sumbangan daripada Yayasan Tengku Abdullah, Tengku Bakar sambil disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. See
Rugayah (kanan) menerima sumbangan daripada Yayasan Tengku Abdullah, Tengku Bakar sambil disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. – Foto Ihsan JKM

Pengarah YKS Rugayah Ag Besar menerima sumbangan daripada Ketua PETRONAS Sabah & Labuan, Siti Ayu Haniza Wahab dan Yayasan Tengku Abdullah, Tengku Bakar di Menara Kinabalu di sini, pada Rabu.

PETRONAS menyumbang RM1 juta manakala Yayasan Tengku Abdullah, inisiatif yayasan milik Fomema Sdn Bhd menyumbang RM100,000.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.