HomeUtamaUpacara Memperingati Mangsa Perang Berlangsung Tenang

Upacara Memperingati Mangsa Perang Berlangsung Tenang

Read Time:1 Minute, 27 Second

PUTATAN : Upacara memperingati mangsa-mangsa perang di Tugu Peringatan Petagas pada hari ini, berlangsung tenang dengan pematuhan sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Diadakan pada setiap 21 Januari, upacara tersebut diadakan bagi mendoakan kesejahteraan roh para pejuang Pasukan Gerila Kinabalu yang menentang pendudukan Jepun semasa Perang Dunia Kedua di Sabah.

Sejurus tiba, Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor terlebih dahulu menerima tabik hormat.

Acara tabik hormat ini adalah untuk memberi penghargaan atas keberanian para pejuang yang mempertahankan kedaulatan Sabah.

Selepas itu, tiupan ‘Last Post’ sebagai simbolik berakhirnya nyawa seseorang parajurit dimainkan bagi memberi penghormatan serta memperingati pejuang yang gugur di medan perang.

Upacara diteruskan dengan bertafakur selama 20 saat bagi mengenang mangsa-mangsa yang telah terkorban, manakala tetamu yang beragama Islam digalakkan membuat sedekah bacaan Al Fatihah. 

Kemudian, Ellron juga mendahului upacara meletakkan karangan bunga diikuti Timbalan Ketua Pengarah Kewangan DBKK, Lifred Wong mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu,  Brigedier Jeneral Saiful Bahri Zainol mewakili Panglima Divisyen Kelima Infantri.

Turut meletakkan karangan bunga, antaranya, Pegawai Kanan Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Kapten Muhammad Muzzafar Khan mewakili Duta Besar AS ke Malaysia, Kapten Anthony Stockbridge RN mewakili Pesuruhjaya Tinggi British, Pegawai Pertahanan Australia, Leftenan Kolonel Adrian Walker yang mewakili Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu serta wakil ahli keluarga mangsa perang, sebelum diakhiri dengan acara tiupan ‘rouse’.

Menurut Arkib Negara, pada 21 Januari 1944, seramai 176 lelaki dari Penjara Batu Tiga yang dihantar menggunakan kereta api North Borneo Railway ke Jesselton, tiba jam 5.30 pagi di Petagas.  Mereka terdiri daripada pemimpin pergerakan termasuk Albert Kwok, Charles Peter, Tsen Tsau Kong, Kong Tze Phui dan Li Tet Phui dibunuh beramai-beramai oleh tentera Jepun.

RELATED ARTICLES
Utama

Isu Pelantikan TYT Sabah: KEADILAN Sabah seru hormati perlembagaan, henti sebar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular