HomeUtamaCOVID-19 : Kes Jangkitan Catat Trend Penstabilan

COVID-19 : Kes Jangkitan Catat Trend Penstabilan

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah menunjukkan trend penstabilan yang baik dengan hanya merekodkan sebanyak 118 kes baharu pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu merupakan penurunan sebanyak 54 kes berbanding semalam.

“Pada hari ini hanya lima daerah mencatatkan kes baharu dua angka yang didahului oleh Kota Kinabalu dengan 17 kes (-14), diikuti oleh Papar dengan 15 kes (-6), Tuaran 15 (+4), Penampang 13 (-4) dan Sandakan 12 (-5).

“Ranau yang mencatatkan jumlah kedua tertinggi semalam dengan 21 kes cuma merekodkan dua kes baharu hari ini,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, daerah Beaufort juga turut mencatatkan lapan kes baharu (-11) manakala enam daerah tidak mencatat sebarang kes baharu.

Katanya, seperti yang dinyatakan sebelum ini, turun naik jumlah kes harian di Sabah banyak dipengaruhi oleh kemunculan kluster-kluster baharu dari masa ke masa.

“Sikap masyarakat yang bertanggungjawab seperti pematuhan kepada semua prosedur standard operasi (SOP) juga faktor penting dalam usaha mengekalkan jumlah kes baharu COVID-19 pada tahap yang rendah di Sabah.

“Semua rakyat berperanan sebagai  petugas ‘barisan hadapan’ dalam usaha negeri kita membanteras penularan virus ini,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, sebanyak 114 daripada 118 kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2; masing-masing dua kes dalam Kategori 3 dan Kategori 4.

“Tidak ada pesakit dalam Kategori 5,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya