HomeIsu tempatanMajikan Seluruh Negeri Disaran Daftar Maklumat Di JTK Sabah

Majikan Seluruh Negeri Disaran Daftar Maklumat Di JTK Sabah

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU : Semua pemilik syarikat dan majikan di seluruh negeri diminta untuk segera mendaftarkan  maklumat penggajian pekerja kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah.

JTK Sabah dalam satu kenyataan berkata, ia termasuklah mendaftarkan lokasi perniagaan menerusi platform pendaftaran secara digital bagi memudahkan pihak majikan melaksanakan tujuan berkenaan.

“Semua pemilik syarikat dan majikan khususnya di Sabah perlu mendaftarkan maklumat penggajian dan lokasi perniagaan kepada pihak JTK Sabah dengan segera melalui https://jtksbh.mohr.gov.my/qrdaftar/

“Kegagalan mendaftarkan syarikat anda adalah menjadi satu kesalahan dibawah Seksyen 59A Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) iaitu memperuntukkan kewajipan mana-mana orang atau majikan untuk memberi notis bertulis maklumat berkaitan penggajian kepada mana-mana Pejabat Tenaga Kerja berdekatan dalam tempoh 90 hari,” kata kenyataan itu disini hari ini.

Pendaftaran melalui QRDaftar JTK Sabah itu merupakan antara program kearah pendigitalan aktiviti-aktiviti bagi memudahkan majikan-majikan berurusan dengan agensi berkenaan.

JTK Sabah berkata, kegagalan berbuat demikian adalah menjadi suatu kesalahan dibawah seksyen 130E (f) Ordinan yang sama dan boleh dihukum denda tidak melebihi RM 10,000.

“Justeru itu, JTK Sabah menyeru semua majikan baru atau lama agar untuk mendaftarkan maklumat di QRDaftar seterusnya direkodkan di JTK Sabah selain mengelakkan pelanggaran undang-undang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular