HomeUtama114 Terima Darjah Kebesaran Negeri Sabah

114 Terima Darjah Kebesaran Negeri Sabah

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU :  Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang serta Pingat Negeri Sabah hari ini, menyaksikan seramai 114 individu menerima anugerah masing-masing.

Mendahului senarai tujuh penerima darjah Ahli Darjah Setia Kinabalu (ASDK) ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bengkoka, Harun Durabi, disusuli Adun Labuk, Samad Jambri @ Jamri dan Adun Tulid, Flovia Ng.

Turut menerima ASDK, Pengurus Kanan Perhubungan Pemegang Taruh Repsol, Ahmad Fakhrurrazi Arshad, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd (BDNC), Feroz Razi Ramli, usahawan, Kadai Akak @ James dan Pegawai Kawalan Alam Sekitar, Vitalis Justin Moduying.

Pengurniaan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin yang turut diserikan dengan kehadiran isterinya, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Dewan Istiadat Istana Seri Kinabalu.

Sementara itu, 24 individu lain pula  menerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK) yang antaranya dibarisi Pegawai Perubatan, Dr Douglas Mitchell Joinol Jr, mantan Pegawai Penerangan Jabatan Penerangan (JAPEN) Sabah, Wasrin Jakaria, Naib Ketua Bahagian Umno Sabah Bahagian Papar, Hasrul Ag Tuah dan Naib Ketua Armada Malaysia, Ceasar Mandela Malakun.

Pada istiadat tersebut, Tun Juhar turut mengurniakan Bintang Setia Kinabalu kepada 38 penerima antaranya, Ketua Polis Daerah Kota Belud, Supt Shahrudin Mat Husain.

Manakala 37 penerima lain dikurniakan Bintang Kinabalu (BK) termasuk tiga lagi warga JAPEN Sabah iaitu Jeffren Malaning, Badrul Tabid dan Allahyarham Mahmut @ Aziz Ahmad yang diwakili anaknya, Ahmad Tajudin Mahmut, diikuti pengurniaan Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT) kepada lapan penerima.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya