HomeUtamaJBPM Sabah Catat Penurunan Angka Kes Kebakaran Dalam Tempoh Dua Tahun

JBPM Sabah Catat Penurunan Angka Kes Kebakaran Dalam Tempoh Dua Tahun

Read Time:1 Minute, 28 Second

KUDAT : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berjaya merekodkan penurunan angka kes kebakaran bangunan dalam tempoh dua tahun sejak tahun 2020.

Timbalan Pengarah JBPM Sabah Farhan Sufyan Borhan berkata, insiden kebakaran bangunan menunjukkan sedikit pengurangan pada 2021 berbanding tahun 2020 sebanyak 27.73 peratus.

Katanya, penurunan insiden kebakaran melibatkan bangunan pada tahun lalu menunjukkan sesuatu yang positif kepada jabatan.

“Walau bagaimanapun, jika dilihat pada seminggu sebelum dan seminggu selepas dimana perayaan ini dirayakan, rekod menunjukkan jumlah insiden kebakaran pada tahun 2020 sebanyak 147 kes kebakaran telah menurun sebanyak 98 kepada 49 kes kebakaran pada 2021.

“Bulan perayaan menjadi fokus kerana perayaan besar ini menjadi tumpuan orang ramai untuk menggandakan lebih banyak aktiviti rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Pelancaraan Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2022 disini semalam.

Farhan berkata, kemalangan kenderaan juga merupakan insiden yang perlu diberi perhatian oleh semua masyarakat khususnya pengguna jalan raya.

Katanya, pengguna jalan raya juga diminta agar lebih berhati-hati selain memandu dengan bertanggungjawab dan mematuhi peraturan serta lebih bertimbangrasa.

“Ini adalah elemen-elemen asas untuk memandu dengan selamat selain mengutamakan kecerdasan dan kesihatan. Jika penat, ambilah masa berehat dan menyambung semula perjalanan apabila bertenaga semula.

“Dari segi statistik kemalangan kenderaan untuk perbandingan dua tahun (1 minggu sebelum dan 1 minggu selepas), sebanyak 13 kes kemalangan kenderaan direkodkan pada tahun 2020 dan sembilan kemalangan dicatatkan pada tahun lalu,” katanya.

Justeru, Farhan berkatam pihaknya turut menasihati pengguna jalan raya untuk terus meningkatkan kesedaran berkenaan keselamatan jalan raya.

“Salah satu punca utama peningkatan kemalangan maut disebabkan kecuaian pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang.

“Sebanyak 90 peratus kemalangan berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri seperti tidak sabar dan memandu secara rakus sehingga membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Crisnanalina terima bantuan kewangan dari ADUN Sugut untuk lanjut pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular