HomeUtamaProgram 'Walkabout' Peluang Beramah Mesra Dengan Rakyat - Jonathan

Program ‘Walkabout’ Peluang Beramah Mesra Dengan Rakyat – Jonathan

Read Time:1 Minute, 15 Second

RANAU: Menjelang sambutan Tahun Baru Cina pada 1 Februari ini, Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Jonathan Yasin berserta rombongan telah mengadakan program ‘walkabout’ di sekitar Pekan Ranau pada Rabu. (26 Jan)

Jonathan berkata, program ini merupakan ruang dan peluang melawat, beramah mesra dengan golongan peniaga dan orang ramai di sekitar pekan itu sambil mengedar kad kalender Tahun Baru Cina, limau Mandarin serta Ang Pau kepada mereka.

“Program ‘walkabout’ ini adalah perkara rutin dilakukan setiap kali menjelang perayaan Tahun Baru Cina sebelum pandemik COVID-19 melanda negara ini.

“Selepas dua tahun tidak dapat melaksanakannya, kita amat gembira kerana dapat melaksanakan tahun ini,” katanya.

Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau berkata, sikap saling mengunjungi antara satu sama lain bukan sahaja mengeratkan perpaduan antara masyarakat Cina tetapi hubungan persaudaraan yang harmoni dikalangan suku kaum lain seperti Melayu, Dusun, India dan lain-lain yang terdapat di daerah ini.

“Saya gembira melihat semua golongan masyarakat di sini masih menghormati antara satu sama lain dalam kehidupan seharian tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik.

“Kita berharap Sabah khasnya, akan menjadi tempat di mana perpaduan terus kukuh dalam kalangan rakyatnya,” ujarnya.

Datuk Jonathan turut mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Cina di Sabah dan berharap akan memperolehi kejayaan dan kemajuan dalam segala bidang mahupun perniagaan yang mereka ceburi.

Hadir sama menyertai program itu ialah Setiausaha Sulit Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kundasang, Japli Samy mewakili Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan  Perindustrian Sabah yang juga ADUN Kundasang, Datuk Dr Joachim Gunsalam.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular