HomeUtamaKerajaan Peruntuk RM1.6 Billion Pacu Industri Pelancongan

Kerajaan Peruntuk RM1.6 Billion Pacu Industri Pelancongan

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan memperuntukkan RM1.6 bilion dalam pelbagai inisiatif untuk industri pelancongan negara melalui Bajet 2022. 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, inisiatif itu bagi membantu industri pelancongan kembali meriah setelah sektor tersebut terkesan semasa pandemik melanda. 

“Inisiatif tersebut termasuklah Program Subsidi Upah khusus untuk sektor pelancongan merangkumi pelbagai pembiayaan antaranya dana geran dan geran padanan bagi membantu memulihkan sektor pelancongan.

“Selain itu, kita telah memperuntukkan RM15 juta bagi Program Pemerkasaan Eko-pelancongan Sumber Asli Ke Arah Pembangunan Komuniti Setempat kerana melihat potensi besar Eko-pelancongan untuk dibangunkan ekoran Malaysia yang kaya dengan tarikan asli serta unik seperti Sepilok, Gunung Kinabalu dan Pulau Sipadan di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena lawatan ke Pusat Transformasi Bandar (UTC), Sabah disini semalam.

Hadir sama,Timbalan Menteri Kewangan II Malaysia,Yamani Hafez Musa, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Kementerian Kewangan Malaysia, Anis Rizana Mohd Zainudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pinjaman Sabah, George Taitim Tulas.

Tengku Zafrul berkata, Kementerian Kewangan sentiasa responsif dalam memastikan kesemua sektor ekonomi utama seperti pelancongan dan sektor-sektor baru disokong sewajarnya.

Katanya, ia bagi memastikan sektor tersebut dapat menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang dijangka akan berkembang 5.5 peratus hingga 6.5 peratus pada tahun ini selain sasaran bagi tahun 2022 tercapai.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular