HomeUtamaPICKids : Pemberian Vaksinasi Diperluas Ke Sekolah-Sekolah Di Sabah

PICKids : Pemberian Vaksinasi Diperluas Ke Sekolah-Sekolah Di Sabah

Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan memperluas Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) ke sekolah-sekolah di negeri ini bagi tujuan pemberian vaksinasi kepada kanak-kanak yang layak.

Jurucakap perkembangan COVID-19 negeri Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia bagi memastikan semua kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun dapat dilindungi daripada terkena jangkitan COVID-19.

“Pada setiap hari saya memberi statistik mengenai mereka yang dijangkiti COVID-19 dan semalam saya dimaklumkan bahawa diantara mereka seramai 445 orang yang berusia antara lima hingga 11 tahun belum mendapat vaksin telah dijangkiti.

“Ini yang kita khuatir, statistik ini adalah tinggi.  Jika kita kira sekali dengan yang belum layak divaksin, jumlah kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19 ini adalah tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Majlis Pelancaran PICKids Peringkat Negeri Sabah di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di Likas disini hari ini.

Program itu disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan turut dihadiri Pengarah JKNS Datuk Dr Rose Nani Mudin.

Masidi berkata, ibu bapa perlu mengambil inisiatif bagi memastikan anak-anak mereka diberikan vaksinasi dengan mendaftar di aplikasi MySejahtera dan datang terus ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang disediakan.

“JKNS telah melakukan segala yang mungkin untuk memastikan semua orang diberi peluang untuk menerima vaksinasi dan akhirnya keputusan terletak pada ibu bapa,” katanya.

Sementara itu, Dr Rose Nani berkata,  pelaksanaan pemberian vaksin di sekolah-sekolah telah mula dilaksanakan sejak 12 Februari lalu di daerah Tambunan yang dilaksanakan sejak berkelompok.

Katanya, tujuan pelaksanaan PICKids di sekolah-sekolah adalah bagi memastikan semua inidividu khususnya kanak-kanak mendapat peluang untuk menerima vaksin COVID-19.

“Pelaksanaan di sekolah-sekolah ini juga adalah disebabkan peratusan masih lagi rendah dan ini juga akan dapat memberi peluang kepada semua orang khususnya di kawasan pedalaman untuk pergi ke PPV,” katanya.

Ketika ditanya sama ada menerima laporan kesan sampingan akibat vaksin menerusi PICKids, Dr Rose Nani berkata, hanya dua laporan yang diterima setakat ini membabitkan kanak-kanak berusia sembilan dan 11 tahun di dua daerah di Pitas dan Keningau.

“Kita telah menerima dua laporan berkaitan vaksin kanak-kanak ini dimana mereka mengalami kesan sampingan yang ringan dan kulit gatal sahaja. Itu yang kita terima sehingga semalam,” katanya.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular