HomeUtamaMUIS Salur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Kampung Landung Ayang Kudat

MUIS Salur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Kampung Landung Ayang Kudat

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui Bahagian Zakat hari ini menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Landung Ayang Kudat.

Sumbangan berbentuk kewangan itu disampaikan oleh Pegawai Eksekutif MUIS Ramlan Ag Ali kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Kapor Norliza Datuk Gurahman.

Majlis penyerahan itu turut disaksikan Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dalam satu majlis ringkas disini pagi tadi.

Mohd Arifin berharap bantuan yang disalurkan itu akan dapat meringankan bebanan mangsa kebakaran melibatkan 176 buah keluarga yang terlibat.

“Kepada indivudu dan syarikat yang telah menunaikan hak zakat kepada MUIS, hak yang ditunaikan itu antaranya telah disampaikan untuk membantu saudara kita yang diuji di Kampung Landung Ayang Kudat.

“Selain MUIS, agensi-agensi agama yang lain akan turut bergabung padu mencari jalan bagi membantu meringankan bebanan mangsa kebakaran di Kudat,” katanya.

Katanya, antara agensi agama terlibat ialah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS); Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah; Tabung Haji; Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Sementara itu, Norliza berkata, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada pihak MUIS atas penyaluran bantuan berupa kewangan bagi meringankan bebanan mangsa terlibat.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan khususnya kepada Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif yang turut prihatin dan berjiwa rakyat.

“Selain itu, kami turut menghargai usaha pemimpin-pemimpin Sabah, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan yang turut tampil menhulurkan bantuan,” katanya.

Rabu lalu, sebanyak 179 buah rumah dilaporkan musnah dalam kebakaran di Kampung Landung Ayang Kudat disini.

Kebakaran di perkampungan atas air itu dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak dengan pantas ke kediaman lain berikutan jarak antara rumah di situ yang agak rapat.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya