HomePolitikParti Warisan bakal bertanding di DUN Permas

Parti Warisan bakal bertanding di DUN Permas

Read Time:43 Second

BERNAMA

JOHOR BAHRU — Parti Warisan hari ini mengesahkan bakal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada 12 Mac ini.

Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagaimanapun belum mengumumkan nama calon yang bakal bertanding di kerusi berkenaan.  

“Ya, ini adalah kawasan yang akan (ditandingi), sebab tu saya datang,” katanya kepada pemberita selepas melawat sekitar kawasan Pasar Muafakat Sabah.

Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita sama ada DUN Permas antara kawasan yang bakal ditandingi parti itu di PRN berkenaan. 

Menurutnya beliau turun ke kawasan itu untuk berjumpa dengan Ketua Koordinator Warisan Johor bagi berbincang persediaannya berdepan dengan PRN Johor. 

Sementara itu Mohd Shafie berkata beliau akan mengumumkan nama-nama calon yang akan bertanding pada PRN itu dalam masa terdekat dengan sebahagian besarnya calon muka baharu tempatan.

RELATED ARTICLES
Politik

PKR Sabah mahu rundingan agihan kerusi dilaksanakan secara pakej

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular