HomeUtamaAdelinah Anak Jati Sabah Dipilih Sertai Ekspedisi Mendaki Gunung Everest 2022

Adelinah Anak Jati Sabah Dipilih Sertai Ekspedisi Mendaki Gunung Everest 2022

Read Time:1 Minute, 36 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Seorang anak jati Sabah, pelari sukan ekstrem Adelinah Lintanga terpilih sebagai salah seorang peserta yang akan menyertai program Ekspedisi Everest 2022.

Pendaki solo negara, Ravichandran Tharumalingam berkata, Adelinah atau dikenali sebagai Narna Bunga berusia 37 tahun dipilih sebagai salah seorang peserta dari Sabah untuk menyertai misi ke Puncak Everest kerana kriteria beliau seorang yang sangat gemar kepada sukan ekstrem serta mencipta nama dalam sukan larian ekstrem dunia selain beliau juga terbukti mempunyai kekuatan fizikal dan mental dalam menghadapi pelbagai cabaran.

Ravi (kiri) bersama Adelinah semasa Pelancaran Program Keluarga Malaysia – “Everest Expedition 2022, Journey To The Top By Sabahan” di Kota Kinabalu.

“Saya berharap akan mendapat sokongan penuh dari kerajaan dan rakyat Sabah untuk membawa Narna bersama-sama peserta lain mendaki puncak tertinggi dunia Gunung Everest bermula pada April ini,” katanya semasa Pelancaran Program Keluarga Malaysia – “Everest Expedition 2022, Journey To The Top By Sabahan”.

Majlis pelancaran dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu pada Jumaat.

Ekspedisi pendakian akan bermula pada April ini dan dijangka berakhir 1 Jun 2022 yang diketuai oleh Ravi bersama empat orang termasuk Adelinah, Fazilah Shahren dari Sarawak, Elan Ghovan, 64, Negeri Sembilan dan Caine Yow, 67, dari Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Syarikat My Pro Wrestling Sdn Bhd (MyPW) turut menyumbangkan produk Air Tenaga MyPW kepada semua pendaki negara yang akan menyertai Ekspedisi Everest tersebut.

MyPW yang merupakan syarikat berteraskan sukan gusti profesional dan kini merupakan pengeluarkan air minuman beroksigen, amat berbesar hati untuk bersama Pendaki Gunung, Ravi Everest, di dalam ekspedisi pendakian Gunung Everest di mana mereka akan membekalkan produk minuman beroksigen MyPW yang penuh khasiat tenaga dan tinggi oksigen yang akan membantu Ravi Everest untuk mencapai matlamat pendakiannya ke Puncak Everest kali ini.

Menurut syarikat yang diterajui oleh Datin Maria Abdullah itu, adalah visinya untuk menjadikan air MyPW merentas sempadan dan benua bagi semua atlet di dalam bidang kesukanan.

RELATED ARTICLES
Utama

Tragedi Lemas di Pantai Bundusan: Dua Mangsa Masih Hilang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular