58 Keluarga Mangsa Kebakaran Terima Sumbangan KYS

Read Time:43 Second

TAWAU : Seramai 58 ketua keluarga yang terlibat dengan kebakaran di Kampung Lorong Sungai Buaya pada 8 Januari lalu menerima sumbangan daripada Kumpulan Yayasan Sabah (KYS).

Majlis penyerahan sumbangan itu disampaikan Pembantu Menteri Kewangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas Datuk Nizam Datuk Abu Bakar Titingan.

Hadir sama pada majlis penyerahan itu, Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd Datuk Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar.

Gulamhaidar berkata, KYS telah menyerahkan sumbangan berupa keperluan harian termasuk barangan elektrik kepada semua ketua keluarga yang terlibat.

“Kami berharap dengan sumbangan yang disalurkan ini akan dapat meringankan beban mangsa terlibat khususnya mereka yang mempunyai anak-anak kecil.

“KYS amat bersimpati terhadap mangsa bencana yang terjejas dan mendoakan agar mereka tabah dalam menghadapi ujian yang amat sukar ini,” katanya.

Pada 8 Januari lalu, sebanyak 58 buah rumah di Kampung Lorong Sungai Buaya musnah akibat kebakaran.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.