COVID-19 : Kes Jangkitan Catat Angka Dibawah 3,000

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:2 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah mencatatkan kes dibawah paras 3,000 sejak 10 Februari lalu dengan 2,874 kes dilaporkan hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia merupakan penurunan sebanyak 861 kes berbanding jumlah semalam.

Katanya, peratusan kes jangkitan sporadik masih tinggi iaitu dengan 58.8 peratus dilaporkan hari ini dan trend menurun sejak beberapa hari belum dapat dipastikan boleh bertahan.

“Kes-kes tertunggak (daftar lewat) juga masih tinggi dan ini akan mempengaruhi jumlah kes harian yang dilaporkan setiap hari sehinggalah semua ‘backlogs’ di ‘bersihkan’.

“Berdasarkan keadaan semasa dan bagi tujuan pendataan, semua kes yang direkodkan dalam tempoh lima hari dikira oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sebagai jumlah kes semasa (actual kes),” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, sebanyak 21 daripada 27 daerah di Sabah mencatatkan penurunan kes dengan beberapa daerah mencatatkan jumlah penurunan yang agak besar.

Katanya, sembilan daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu 775 kes, Tuaran 324 kes, Penampang 272 kes, Putatan 210 kes, Tenom 160 kes, Papar 151 kes, Kota Belud 131 kes, Tawau 127 kes dan Keningau 120 kes.

Tambahnya, sebanyak 16 daerah pula mencatatkan kes dua angka manakala daerah Kalabakan mencatatkan empat kes dan Semporna tiga  kes baharu.

Dalam pada itu, Masid berkata, satu kluster baharu tempat kerja diisytiharkan di Tenom hari ini, iaitu Kluster Tolokoson Kem Dua dan ia menjadikan jumlah kluster aktif di Sabah setakat ini sebanyak 42 kluster

Katanya, Kluster Tolokoson Kem Dua melibatkan warga-kerja Sino Hydro Kem Dua Tolokoson.

“Kes Indeks merupakan seorang lelaki, bukan warganegara, berumur 59 tahun yang dikesan melalui saringan bergejala pada 19 Februari lalu.

“Saringan terhadap kontak rapat dikalangan rakan sekerja telah mendapati 137 orang lagi didapati positif.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif mereka yang telah dijangkiti seramai 138 orang setakat hari ini. Semua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan selanjutnya,” katanya.

Katanya, kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin dan siasatan awal punca penularan mendapati jangkitan bermula di dalam kawasan tapak pembinaan.

Sementara itu, Masidi berkata, sejumlah 2,859 atau 99.47 peratus daripada 2,874 kes hari ini adalah dalam kategori satu dan dua, enam kes dalam kategori tiga, tujuh kes dalan kategori empat dan dua kes dalam kategori lima.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, setakat ini, PICKids Sabah telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 42,823 kanak-kanak daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara lima hingga  tahun yang layak divaksin.

Katanya, sebanyak 353 kes hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, dengan 171 daripadanya merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah umur 5 tahun).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *