HomeEkonomiJaminan Keselamatan Makanan , Sabah Harus Memanfaatkan Kelebihan Geografinya

Jaminan Keselamatan Makanan , Sabah Harus Memanfaatkan Kelebihan Geografinya

Read Time:3 Minute, 10 Second

Walaupun Malaysia berada di dalam kedudukan kedua terbaik dalam kalangan negara Asia Tenggara selepas Singapura dalam aspek keselamatan makanan namun usaha itu harus ditingkatkan dengan suasana muktahir ini. 

Perbincangan di peringkat global memberi fokus kepada kemusnahan terhadap jaminan makanan dunia, terutama dengan pengurangan pengeluaran makanan dan keberhasilan sektor agrikultur dan perikanan.

memetik beberapa laporan, topik ini menjadi isu yang hangat  kebelakangan ini  bersandarkan kepada model pembuktian kesan gas rumah hijau semasa dan masa depan, antaranya Laporan Kumpulan Kerja Pertama Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) 2021 yang menjangkakan suhu permukaan bumi meningkat dari 1.1 hingga 6.4 darjah Celsius menjelang 2100.

Jangkaan itu berdasarkan elemen pemodelan hierarki terkini iaitu Earth System Models of Intermediate Complexity dan Atmosphere-Ocean General Circulation Models (AOGCMs).

“Secara asasnya, terdapat dua faktor pencetus utama yang memberikan impak kerugian dan kerosakan kepada produktiviti sektor agrikultur, iaitu peningkatan suhu dan corak perubahan taburan hujan yang tidak menentu.

“Perubahan corak cuaca boleh memberi kesan kepada pengurangan pengeluaran makanan dan sumber hasilan agrikultur yang mana perubahan suhu yang terjadi secara langsung memberi kesan kepada struktur habitat, bekalan makanan dan keberadaan sumber sedia ada kata laporan itu.

PEMERKASAAN MELALUI GAGASAN SABAH MAJU JAYA

Melihat kepada perkembangan semasa di tanah air, khususnya di Sabah, Kerajaan Sabah melalui gagasan Sabah Maju Jaya haruslah bergerak dengan lebih pantas memandangkan Sabah mempunyai pelbagai kemudahan serta mempunyai  muka bumi yang sangat bersesuaian untuk pelbagai produk makanan bagi menjaga bekalan makanan dan sekaligus menjamin keselamatan makanan negara. 

Memetik laporan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan, berkata pada masa ini, Sabah hanya menghasilkan 25% daripada keperluan makanannya dan menyasarkan untuk mencapai 60% dalam pengeluaran makanan pada tahun 2030.

Di antara faktor-faktor yang boleh mempercepatkan sasaran itu antaranya memantapkan fasiliti pintu masuk dan keluar di Sabah samada melalui pengangkutan laut dan juga pengangkutan udara.

PELABUHAN DI NEGERI SABAH

Sabah kini mempunyai beberapa pelabuhan utama termasuk  8  bawah pengurusan lembaga pelabuhan Sabah. namun kecekapan kemasukan pelabuhan berkenaan haruslah dipertingkatkan agar ianya beroperasi secara maksima kerana terdapat laporan baru-baru ini yang menyatakan bahawa pelabuhan ini tidak dapat beroperasi dengan secekapnya ekoran berlaku kerosakan di beberapa dermaga. 

Selain daripada itu, Sabah juga dianugerahkan dengan kekayaan hasil muka bumi serta cuaca serta suhu yang pelbagai, dimana Sabah mempunyai dataran tanah rendah dan tinggi yang memberikan satu keunikan di Negeri Sabah. 

KELUASAN GUNA TANAH BAGI TANAMAN KOMODITI – sumber IDS

Ciri-ciri iklim serta geografi yang sangat sesuai untuk pelbagai tanaman ini, harus dimafaatkan oleh kerajaan melalui penggunaan pelbagai teknologi penanaman,  pengurusan ladang, teknologi benih termaju serta mekanisasi ladang yang terkini. 

Ini sekaligus dapat menarik lebih ramai rakyat Sabah untuk menceburi bidang ini dengan pengurusan secara berskala besar dan sekaligus menjana pendapat baharu yang bertepatan dengan teras hala tuju Sabah Maju Jaya di mana sektor pertanian ini harus dimaksimakan potensinya sebagai agen pertumbuhan ekonomi negeri dan melonjakkan ekonomi rakyat. 

PEMERKASAAN SUMBER TENAGA MANUSIA

Kerajaan Negeri juga harus memperkasakan sektor pembangunan sumber manusia dengan menawarkan lebih banyak latihan serta bimbingan kepada bakat-bakat baharu yang berminat untuk menceburi bidang ini. 

KAWASAN PERIKANAN DAN AKUAKULTUR SABAH – IDS

Keluasan laut dan kekayaan hasil yang dimiliki tidak berguna sekiranya bakat-bakat baharu tidak mendapat pendedahan serta latihan berteknologi terkini yang mengurangkan impak kerosakan alam sekitar seperti yang diterapkan oleh negara-negara maju kini. 

Garis panjang sempadan marin laut China selatan yang kaya dengan sumber marin ini jika tidak diuruskan dan dibangunkan serta dikomersilkan dengan baik sangat merugikan kita. Tidak guna kapal-kapal di laut yang mengeluarkan sumber marin kita seandainya bukan kita yang menguruskannya dan meraih manfaatnya. 

Justeru anak-anak Sabah harus menerima peluang terbaik untuk mempelajari teknik-teknik pengurusan serta teknologi hasil laut yang terkini yang sekaligus dapat menjamin kesiadaan dan rantaian bekalan makanan di negara amnya dan sabah Khususnya – Sabah Media 

RELATED ARTICLES
Utama

Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 – DOSM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular