HomeUtamaSalji Turun Di Gunung Kinabalu, Fenomena Jarang Berlaku

Salji Turun Di Gunung Kinabalu, Fenomena Jarang Berlaku

Read Time:1 Minute, 26 Second

RANAU : Lebih 100 pendaki dan malim gunung yang melakukan pendakian di Gunung Kinabalu menjadi antara yang bertuah apabila dapat melihat fenomena salji turun awal pagi tadi.

Kejadian yang di Sayat-Sayat sehingga puncak Gunung Kinabalu itu berlaku selama dua hingga tiga minit kira-kira jam 6.40 pagi tadi.

Para pendaki dan malim gunung berkenaan turut teruja menyaksikan kejadian berkenaan selain tidak ketinggalan untuk merakam gambar sebelum dimuat naik di laman sosial untuk dikongsi warga media sosial.

Penolong Pengarah Taman Kinabalu, Justinus Guntabid berkata, fenomena salji turun di Gunung Kinabalu dilihat jarang berlaku dimana kali terakhir dan dilaporkan adalah pada tahun 1993.

Pendaki merakamkan gambar salji yang turun

Katanya, menerusi gambar dan video yang dikongsi oleh para pendaki dan malim gunung itu sememangnya dilihat seperti salji.

“Menerusi gambar memang nampaknya seperti salji, sebenarnya kejadian ini jarang berlaku.  Kali terakhir kami dengar kena lapor ialah pada 1993, pernah juga berlaku pada tahun 1975 namun itu satu tempoh yang lama.

“Pada sekitar jam 2 hingga 10 pagi tadi, suhu yang dilaporkan adalah 6.9 hingga 12.3 darjah Celcius di kawasan pergunungan dan ia adalah lebih sejuk daripada biasa pada tahun ini, kebiasaan yang kami rekod adalah pada 7.5 Celcius,” katanya ketika dihubungi disini hari ini.

Justinus berkata, suhu yang direkodkan jam 2 hingga 10 pagi itu turut melihat kelembapan lebih daripada biasa iaitu di antara 52 dan 62 peratus.

Fenomena itu sempat dirakamkan oleh pelatih laluan Via Ferrata, Hajiri Sulumin, ketika sedang menunggu pendaki turun dari puncak Gunung Kinabalu.

Terdahulu, pada tahun 2018, akhbar tempatan ada melaporkan mengenai penemuan ketulan ais di puncak Gunung Kinabalu.

Suhu yang mencapai -1 dan -2 darjah Celcius di puncak gunung itu telah menyebabkan takungan air bertukar menjadi ketulan ais.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya