BEAUFORT:Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Beaufort Kali Keenam menyaksikan seramai 117 graduan menerima diploma masing-masing.
Mereka merupakan graduan daripada tujuh program yang ditawarkan di kolej tersebut iaitu Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Teknologi Elektrik, Diploma Teknologi Elektronik, Diploma Teknologi Penyejukan Dan Penyaman Udara serta Diploma Teknologi Automotif.
Semua diploma disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Infrastruktur dan Perolehan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Farzi Ahmad yang mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Farzi turut menyampaikan anugerah pelajar terbaik kepada graduan Diploma Pengurusan Pelancongan, Liuveca Liusi.
Turut hadir, Pengarah Kolej Vokasional Beaufort, Abd. Hafidz Pg. Adnan dan Kaunselor Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort, Dr. Hajah Kamsi @ Kamsiah Adil.