HomeUtamaFelo SMJ Terima Lebih 1,000 Permohonan

Felo SMJ Terima Lebih 1,000 Permohonan

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Lebih 1,000 permohonan Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) telah diterima melibatkan belia di seluruh Sabah.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, daripada jumlah itu hanya 24 orang yang dipilih sebagai barisan Felo SMJ Kohort Pertama bagi tahun 2022 selepas melalui tiga peringkat tapisan.

“Kesemua 24 orang felo ini masing-masing akan ditempatkan di bawah 12 Kementerian kerajaan negeri selama enam bulan tempoh perkhidmatan yang telah bermula sejak bulan Februari sehingga Ogos 2022.

“Sesi Induksi ‘Ready To Work’ (RTW) juga telah dilaksanakan sebagai pendedahan  dan latihan awal mengenai budaya dan etika kerja profesional dalam organisasi kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Felo SMJ 2022 di Menara Kinabalu disini hari ini.

Majlis disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Ellron berkata,  sesi itu juga adalah bagi membentuk karakter seorang bakal pemimpin yang mempunyai kemahiran dari segi komunikasi, personaliti yang sopan dan penulisan profesional.

Katanya, Felo SMJ ini merupakan satu inisiatif baharu Kementerian Belia dan Sukan Sabah yang memfokuskan kelompok belia IPTA/S sebagai usaha menyediakan aset “Future Leaders” dan “Talent Pool”  kepada kepimpinan Sabah pada masa hadapan.

“Inisiatif ini juga selaras dengan teras kedua Pelan Pembangunan Hala Tuju SMJ untuk melahirkan golongan belia kelas pertama dan disokong penuh oleh kerajaan negeri.

“Program ini juga menjadi platform kepada belia untuk berkhidmat dan menyumbangkan idea secara terus kepada ahli Jemaah Menteri.

“Selain itu, turut memberikan pendedahan mengenai pengurusan dan sistem pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.

Katanya, penglibatan belia dalam program ini memberi peluang kepada mereka untuk melibatkan diri dalam perancangan dan penggubalan dasar kerajaan negeri secara holistik.

Sementara itu, Ellron berkata, program ini akan menjadi penanda aras kepada pembangunan belia di Sabah bagi merealisasikan kelompok belia yang berkemahiran aras tinggi sebagai peneraju kepimpinan negeri Sabah pada masa akan datang seterusnya menjadi pemangkin kepada kemajuan negeri Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular