HomeUtamaPICKids : Pemberian Vaksin Dikalangan Kanak-Kanak Di Sabah Masih Rendah

PICKids : Pemberian Vaksin Dikalangan Kanak-Kanak Di Sabah Masih Rendah

Read Time:1 Minute, 16 Second

PUTATAN : Pemberian vaksin COVID-19 dikalangan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) di Sabah masih berada pada tahap yang rendah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ibu bapa berperanan penting bagi memastikan pemberian vaksin dikalangan kanak-kanak dapat direalisasikan.

Katanya, sehingga kini, seramai 51,000 orang kanak-kanak di Sabah dalam usia berkenaan telah menerima vaksin sejak PICKids dilancarkan pada awal  Februari lalu.

“Pada masa ini Sabah berada di tangga kedua dibawah, jadi sebab itu kita perlukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS); Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan pejabat-pejabat daerah.

“Namun apa yang penting adalah kerjasama semua ibu bapa dalam memastikan pemberian vaksinasi dikalangan kanak-kanak ini dapat direalisasikan dengan jayanya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau PICKids di Sekolah Kebangsaan (SK) Contoh disini hari ini.

Shahelmey berkata, sekurang-sekurangnya sebanyak 50 peratus daripada lingkungan umur berkenaan disasarkan akan menerima vaksin sebelum sesi persekolahan dibuka pada 21 Mac ini.

“Sebanyak 50 peratus daripada jumlah populasi kanak-kanak dalam usia berkenaan disasarkan akan menerima vaksin sehingga menjelang sesi persekolah dibuka nanti.

“Jadi sekali lagi saya ingin berpesan dan menyeru kepada semua khususnya ibu bapa untuk membawa anak-anak ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang disediakan kerajaan demi menjaga kesihatan anak-anak menjelang sesi persekolahan akan datang,” katanya.

Dianggarkan seramai 411,400 kanak-kanak dalam usia lima hingga 11 tahun di negeri ini layak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya