HomeUtamaJelajah DIA2022 Terus Dilaksanakan Secara Bersiri Di Semua Negeri

Jelajah DIA2022 Terus Dilaksanakan Secara Bersiri Di Semua Negeri

Read Time:1 Minute, 51 Second

SEGAMAT : Program Jelajah Dialog Industri Makanan 2022 (DIA2022) akan terus dilaksanakan secara bersiri di peringkat negeri-negeri untuk terus memperkukuhkan agenda Sekuriti Makanan.

Ia menerusi idea, pandangan dan cadangan para pemain industri dalam memacu hala tuju sektor agromakanan khususnya berkaitan sekuriti makanan agar seiring dengan keperluan semasa.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, Jelajah DIA2022 merupakan program secara bersasar yang telah dirancang oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) selepas kejayaan Program Dialog Industri Agromakanan sebelum ini.

Katanya, program itu turut melibatkan terus pemain industri dalam sektor agromakanan meliputi subsektor padi, tanaman, ternakan, perikanan dan keseluruhan rantaian agromakanan termasuk kementerian, jabatan dan agensi lain yang berkepentingan dalam sektor agromakanan.

“Dialog ini diadakan bagi mendapatkan pandangan dan cadangan dalam memacu hala tuju sektor agromakanan khususnya berkaitan sekuriti makanan supaya seiring dengan keperluan semasa kearah pemodenan sektor pertanian dan jaminan bekalan makanan negara di bawah Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0).

 “Cadangan dan input daripada pemain industri diperhalusi dalam menambah baik dasar dan pelan tindakan seiring dengan peranan Kementerian ini untuk mentransformasikan sektor pertanian ke arah yang lebih moden, dinamik dan berdaya saing sekaligus mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada golongan sasar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Jelajah DIA2022 yang dianjurkan MAFI melalui Jabatan Pertanian Malaysia di daerah Segamat Johor disini hari ini.

Program itu bertujuan untuk mendapatkan input, idea, pandangan dan cadangan daripada pemain subsektor tanaman melalui sesi libat urus secara langsung bersama pihak pengurusan tertinggi MAFI diketuai oleh Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Dr Ronald berkata, MAFI sentiasa prihatin akan keperluan golongan sasar dan terus mengambil inisiatif bagi melaksanakan sesi dialog bagi merasai denyut nadi pemain industri supaya apa sahaja dasar, program dan intervensi yang dirangka oleh Kementerian adalah bersifat holistik dalam dalam memperkasa sektor agromakanan negara.

Katanya, ia sekaligus memberi manfaat limpahan ekonomi pertanian kepada golongan sasar secara umumnya.

“Johor merupakan negeri pengeluar utama bagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang bukan sahaja untuk kegunaan domestik, malahan turut dieksport ke Singapura.

“Selaras dengan halatuju pertanian negeri ini yang ingin menjadikan Johor sebagai Food Basket Malaysia dan membangunkan industri agromakanan yang kompetitif, MAFI akan sentiasa menyokong dan membantu industri agromakanan di negeri ini untuk kekal mampan dan berdaya saing,” katanya lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular