HomeUtamaPICKids : Ambil Peluang Cuti Sekolah Bawa Anak Terima Vaksin COVID-19

PICKids : Ambil Peluang Cuti Sekolah Bawa Anak Terima Vaksin COVID-19

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Ibu bapa disaran untuk mengambil peluang membawa anak-anak mereka menerima vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) dalam tempoh cuti sekolah ini.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam merangkap Pegawai Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu Dr Suhaila Osman berkata, pengambilan vaksin itu adalah bagi menghasilkan imuniti dalam badan yang memerlukan tempoh masa kira-kira dua minggu.

“Saya menyeru ibu bapa untuk bertindak dengan cepat kerana sekarang ini kita berada dalam tempoh cuti sekolah dan selepas sekolah dibuka kemungkinan anak-anak dijangkiti sangat tinggi.

“Justeru, adalah lebih baik untuk kita berbuat sesuatu dengan memberi perlindungan kepada anak-anak kita sebab vaksin ini bertindak menghasilkan imuniti dalam badan kira-kira dalam tempoh dua minggu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Operasi Penguatkuasaan Pematuhan Prosedur Standard Operasi (SOP) Bersepadu di Jalan Gaya disini hari ini.

Dr Suhaila berkata,  peluang cuti sekolah ini perlu diambil oleh ibu bapa sebagai persediaan untuk anak-anak mereka memulakan sesi persekolahan pada 21 Mac ini.

Katanya, pada masa ini juga, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di beberapa lokasi sekitar Kota Kinabalu turut dibuka termasuk di kompleks beli belah.

“Ini adalah masa yang tepat untuk anda semua membenarkan anak-anak mengambil vaksin COVID-19 dan kita telah menyediakan pelbagai lokasi PPV termasuk di kompleks beli belah.

“Ini juga antara inisiatif kita untuk meningkatkan lagi kadar peraturan pemberian vaksin kepada kanak-kanak khususnya di Kota Kinabalu yang dilihat masih berada pada tahap yang rendah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular