HomeUtamaSektor Penternakan Akan Terus Dipergiat

Sektor Penternakan Akan Terus Dipergiat

Read Time:1 Minute, 58 Second

SEGAMAT : Sektor penternakan akan terus dipergiat bagi meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan lagi tahap sekuriti makanan negara yang merentasi semua subsektor agromakanan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia akan terus dipergiat sepanjang tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

“Segala permasalahan dan keperluan para pemain industri akan terus diberi perhatian oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi memastikan hasil pengeluaran yang optimum sekaligus memperkasakan daya tahan sistem makanan negara.

“Kerajaan juga telah melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Industri Pedaging Negara (BIF PLAN 2021-2025) dan Pelan Strategik Pembangunan Industri Tenusu Negara (DAIRY PLAN 2021-2025) yang mempunyai pelbagai inisiatif dan insentif melalui strategi-strategi khusus telah dirangka oleh Kerajaan untuk membangunkan industri ruminan Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Jelajah Dialog Industri Makanan 2022 (DIA2022) di Labis Johor.

Program itu adalah bagi mendapatkan inpur, idea , pandangan dan cadangan daripada pemain industri untuk bersama membangunkan industri penternakan yang mampan dan berdaya maju ke arah kelestarian makanan negara.

Dr Ronald berkata, Kerajaan telah merancang beberapa program yang mampu memberi impak yang signifikan kepada industri ternakan negara termasuk Program Peningkatan Tenusu Negara, Program Peningkatan Ruminan, Rezeki Ternak Ruminan dan Unggas dan Program Taman Kekal Pengeluaran Ruminan.

Katanya, inisiatif-inisiatif yang dirangka akan memastikan tahap kesejahteraan pengeluar makanan subsektor penternakan dapat terus dipertingkatkan.

“Kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM1,076,940 pada tahun 2022 yang memanfaatkan seramai lapan peserta Program Penternak Kecil Projek Rintis Pembangunan Industri Tenusu Negara di sekitar Daerah Segamat.

“Program ini dilaksanakan bertujuan untuk mempertingkat dan memperkasakan industri tenusu negara,” katanya,

Pada majlis itu juga, seramai 13 orang penternak muda telah menerima bantuan Program Transformasi Belia Ternak Daerah Segamat berjumlah RM95,200.

Program ini diwujudkan bertujuan membantu golongan belia dalam bidang keusahawanan berasaskan sektor ternakan dan menjadikan sektor tersebut sebagai bidang kerjaya yang mampu memberi pulangan yang lumayan sekaligus membantu meningkatkan pendapatan.

Dr Ronald berkarta, industri ternakan ruminan di Malaysia merupakan satu industri yang penting sebagai sumber protein negara dan menjadi salah satu industri utama agromakanan.

Katanya, subsektor ini diunjurkan akan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK pada kadar pertumbuhan 6 peratus iaitu daripada 17.15 bilion ringgit pada tahun 2021 kepada 28.98 bilion ringgit pada tahun 2030.

“Subsektor ini juga dijangka bakal menyumbang antara 32.38 peratus hingga 36.40 peratus kepada jumlah KDNK sektor agromakanan dari tahun 2021 hingga tahun 2030,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya