HomeUtamaHajiji Bertemu Dengan 2 Pendaki Everest Dari Sabah

Hajiji Bertemu Dengan 2 Pendaki Everest Dari Sabah

Read Time:50 Second

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengambil peluang bertemu dan memberi kata-kata semangat kepada dua rakyat Sabah yang terpilih mengikuti ekspedisi menawan Gunung Everest, yang bermula pada 26 Mac ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (dua kiri) bertemu dengan dua rakyat Sabah yang menyertai ekspedisi menawan Gunung Everest pada 26 Mac ini di Kuala Lumpur, pada Khamis.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (dua kiri) bertemu dengan dua rakyat Sabah Lt Kol (PA) Ag Iskandar Ampuan Yaacub (dua kanan) dan Ayu Wanirah Naharuddin (kanan) yang menyertai ekspedisi menawan Gunung Everest pada 26 Mac ini di Kuala Lumpur, pada Khamis.

Dua rakyat Sabah itu ialah Lt Kol (PA) Ag Iskandar Ampuan Yaacub, 55, dari Kampung Benoni, Papar, yang kini bertugas sebagai Pengarah Pertahanan Awam Negeri Kedah dan Ayu Wanirah Naharuddin, 30, dari Kampung Jawa, Tawau, yang bekerja di Johor.

Ag Iskandar dan Ayu Wanirah adalah antara 11 orang termasuk jurulatih dan pendaki orang kurang upaya (OKU) yang akan menyertai Misi Keluarga Malaysia Everest 2022, selama tiga bulan sehingga Jun ini.

Ketua Menteri meluangkan masa hampir sejam bersama kedua-dua pendaki berkenaan termasuk menyerahkan bendera Negeri Sabah untuk dikibarkan di puncak Gunung Everest.

RELATED ARTICLES
Utama

Crisnanalina terima bantuan kewangan dari ADUN Sugut untuk lanjut pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular