HomeUtamaKeunikan Komuniti, Alam Semula Jadi Kekuatan Sabah Tarik Pengunjung

Keunikan Komuniti, Alam Semula Jadi Kekuatan Sabah Tarik Pengunjung

Read Time:2 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Keunikan komuniti dan keindahan alam semula jadi merupakan motivasi utama kepada pengunjung untuk datang ke negeri Sabah.

Presiden Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MCTA) Paul Paw berkata, pelancongan tanah tinggi dan luar bandar adalah titik jualan bagi negeri itu, terutama aktiviti berasaskan komuniti yang semakin popular.

“Kami telah dibawa melihat banyak pemandangan baharu, dan objektif kali ini adalah untuk melihat pelancongan berasaskan komuniti (CoBT) bagi mengetahui apa yang dapat ditawarkan oleh komuniti luar bandar sebelum mempromosikannya kepada pelanggan.

“Untuk memahami Sabah dengan baik, kami meluangkan masa bersama orang kampung. Mereka sangat sopan dan mesra. Budaya masyarakat seperti ini harus dipromosikan, dan saya pasti pengunjung ingin merasai pengalaman ini,” katanya.

Paul menyamakan CoBT di Sabah seperti Taiwan, di mana komuniti luar bandar negara itu sangat mesra dan sentiasa sedia untuk membawa pengunjung di sekitar kampung mereka.

Rombongan MCTA yang diketuai Paul melawat Sabah untuk program B2B dan lawatan suai kenal yang bermula pada 6 Mac.

Peserta-peserta yang terlibat mewakili MCTA dari bahagian Kuala Lumpur, Labuan, Johor, Selangor, Perak, Sarawak, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang.

Rombongan itu berpeluang melawat Kundasang, Kadamaian, dan Kiulu sebagai sebahagian aktiviti lawatan lima hari yang disediakan oleh MCTA Sabah.

Pengerusi MCTA Sabah, Vincent Sia berkata, kebanyakan ahli persatuan berminat dengan pakej pelancongan luar bandar.

“Ada yang belum pernah ke sini atau hanya melakukan lawatan biasa ke pulau dan sekitar bandar. Destinasi pelancongan berasaskan komuniti luar bandar adalah sesuatu yang baharu bagi mereka.

“Apabila melawat Polumpung Melangkap Campsite di Kadamaian, mereka terharu apabila mengetahui bagaimana gempa bumi 2015 mengubah landskap dan menjadikan kampung itu tarikan baharu di tepi sungai.

“Selain itu, lawatan ke Kiulu turut memberi kenangan indah kepada ahli yang berpeluang melakukan aktiviti ‘water rafting’. Saya pasti semua ahli MCTA pasti akan mempromosikan segmen CoBT ini,” katanya.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri merangkap pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai turut menggalakkan pengendali pelancongan untuk terus mempromosikan CoBT kepada pelancong domestik ketika sempadan antarabangsa masih ditutup.

Beliau berkata rakyat Malaysia harus mengambil peluang menerokai tarikan luar bandar di negeri ini yang telah mendapat penghargaan antarabangsa dan semakin menarik perhatian pelancong asing.

“Sudah tentu kita tidak sabar untuk mengalu-alukan kedatangan kembali pelawat antarabangsa dengan pembukaan sempadan bulan depan.

“Pihak STB telah mempromosikan destinasi luar bandar secara agresif, dan kita menjangkakan pelancong akan melawat kawasan CoBT. Ini akan memulihkan ekonomi masyarakat luar bandar,” katanya.

Pada Rabu, pihak STB menganjurkan majlis makan malam untuk delegasi MCTA. Hadir ialah ketua pegawai pemasaran  STB, Tay Shu Lan, dan ketua pegawai kewangan, Julinus Jeffrey Jimit.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya