HomeUtamaCOVID-19 : Sabah Terus Catat Penurunan Kes Jangkitan

COVID-19 : Sabah Terus Catat Penurunan Kes Jangkitan

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Sabah terus mencatat penurunan kes jangkitan COVID-19 apabila sebanyak 622 kes dilaporkan pada hari ini dimana sebanyak 223 kes menurun berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu banyak dipengaruhi oleh penurunan kes-kes baharu di daerah-daerah seperti Kota Kinabalu; Penampang dan Tuaran.

Katanya, peratusan jangkitan sporadik dilihat masih tinggi iaitu hampir 64 peratus dan ini bermakna risiko jangkitan kekal tinggi khususnya ditempat-tempat awam.

“Sejumlah 19 daerah mencatatkan penurunan kes berbanding semalam dengan empat daerah menunjukkan penurunan yang signifikan iaitu Penampang -47 kes, Tuaran -39 kes, Kota Kinabalu -35 kes dan Tawau -33 kes.

“Hanya tujuh daerah mencatatkan peningkatan kes dan satu daerah kekal sebagaimana catatan kes semalam,”katanya dalam kenyataan disini hari in.

Masidi berkata, secara keseluruhan, statistik hari ini memperlihatkan kedudukan yang semakin stabil dengan 13 daerah mencatatkan kes satu angka dan hanya satu daerah yang mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu (192 kes).

Katanya, sebanyak 13 daerah lagi mencatatkan kes dua angka.

“Sebanyak 612 atau 98.39 peratus daripada 622 kes-kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, dua kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan enam kes dalam Kategori 5,”katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, satu kluster yang melibatkan institusi pendidikan iaitu Kluster Jalan Gudon di Kota Kinabalu diisytiharkan tamat hari ini.

Katanya,  berikutan dengan itu, jumlah kluster yang masih aktif di Sabah ialah 25 kluster.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular