HomeIsu tempatanPVTLDM Sabah, KVTTSB Jalin Kerjasama Laksana Enam Rancangan Perniagaan

PVTLDM Sabah, KVTTSB Jalin Kerjasama Laksana Enam Rancangan Perniagaan

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak enam rancangan perniagaan bakal dilaksanakan menerusi kerjasama bistari antara Persatuan Veteren Tentera Laut Diraja Malaysia Sabah (PVTLDM Sabah) dengan KONEL Ventures Tour and Travel Sdn Bhd (KVTTSB).

PVTLDM Sabah dalam satu kenyataan berkata, kerjasama itu turut dimeterai menerusi satu perjanjian kerjasama bistari yang ditandatangani bersama di Korporasi Kemajuan Nelayan dan Perikanan Sabah (Ko-Nelayan), Wisma Pertanian,disini semalam.

Perjanjian kerjasama itu ditandatangani oleh PVTLDM Sabah yang diwakili Presidennya Komander Datin Zamzelina Ahmad TLDM (Bersara) dan KVTTSB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Said Sulaiman.

Hadir sama menyaksikan penjanjian itu, Pengerusi Ko-Nelayan, Mohd Arshad Bistari, Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Sazalee Shuib dan Pengarah JHEV ATM Negeri Sabah, Mej Noor Khairi Abd Rahman.

Antara segmen rancangan perniagaan itu adalah platform biokomposit mampan untuk pelancongan dan perikanan di Teluk Ambong, Kota Belud; Restoran dan pasar terapung biokomposit di Usukan, Kota Belud dan sangkar akuakultur biokomposit di Perairan Teluk Ambong, Kota Belud.

Selain itu, kerjasama itu juga akan melaksanakan sangkar akuakultur biokomposit ikan air tawar di Tempasuk, Kota Belud; program perumanan gabungan komuniti tempatan dan Veteran TLDM di Tempasuk, Kota Belud kerjasama dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad dan pembangunan kemudahan jeti perikanan ‘integrated fisheries wharfage’ untuk nelayan tempatan di Kota Belud.

Terdahulu, Mohd Arshad berkata, perjanjian kerjasama itu amat bermakna kepada Industri Perikanan Sabah kerana teknologi platform biokomposit terapung mampan akan meningkatkan lagi teknologi tangkapan hasil laut yang berkesan, lebih produktif dan mampan.

“Saya berharap berharap rancangan perniagaan dapat direalisasikan segera agar program dan projek dapat dilaksanakan seperti yang dirancang untuk pembangunan ekonomi ahli PVTLDM Sabah dan komuniti nelayan di bawah Ko-Nelayan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular