HomeUtamaDUN Sabah : Sabah Giat Laksana Pelbagai Inisiatif Bangun Sektor Pelancongan

DUN Sabah : Sabah Giat Laksana Pelbagai Inisiatif Bangun Sektor Pelancongan

Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri giat melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membangunkan semula sektor pelancongan sebagai persediaan bagi menarik lebih ramai pelancong apabila aktiviti pelancongan antarabangsa dibenarkan.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata, ia termasuklah memperkasa pembangunan infrastuktur dan kemudahan asas pelancongan serta produk-produk pelancongan baharu dan menjalankan promosi pelancongan secara lebih agresif.

Katanya, Kerajaan negeri turut berharap pemulihan indstri pelancongan di Sabah pada tahun ini akan lebih baik.

“Kerajaan Negeri juga dari semasa ke semasa menjalin perkongsian pintar bersama syarikat penerbangan, ejen pelancongan dan pejabat-pejabat Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia di luar negara bagi meneroka potensi pasaran baharu yang boleh dimanfaatkan oleh industri pelancongan negeri ini.

“Tumpuan juga akan diberikan untuk mempergiatkan aktiviti pelancongan domestik terutamanya produk pelancongan berasaskan komuniti yang sangat berpotensi membantu memulihkan sektor pelancongan khususnya ketika penutupan pintu sempadan antarabangsa masih berkuat kuasa,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar kerajaan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16 di DUN Sabah disini hari ini.

Tun Juhar berkata, Kerajaan Negeri mempunyai perancangan yang holistik untuk memastikan keunikan dan kepelbagaian etnik, warisan dan budaya serta kekayaan alam semula jadi kekal relevan sebagai aset dan daya tarikan utama pelancongan di negeri Sabah.

Katanya, bagi tujuan itu, pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program berkaitan pengukuhan hubungan etnik, pembangunan budaya dan warisan serta konservasi kepelbagaian biologi dan alam sekitar akan dipergiatkan.

“Di samping itu, pelbagai kajian berkaitan alam sekitar akan dilaksanakan dalam usaha untuk memperkasa pengurusan alam sekitar.

“Output kajian-kajian ini akan menyumbang kepada perancangan dan pembangunan alam sekitar yang mampan,”katanya.

Sementara itu, Tun Juhar berkata, Kerajaan Negeri juga akan memperhebat pelaksanaan program untuk membangun produk-produk pelancongan baharu berasaskan alam semula jadi.

Katanya,  antara program baharu yang akan dilaksanakan pada tahun ini termasuklah Projek Selam Skuba Rangka Kapal dan Selam Bebola Terumbu di      Pulau Mamutik serta Program Anak Angkat Orkid Liar dan Anak Angkat Rangka Karang di bawah inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kerajaan Negeri juga sedang dalam peringkat persediaan bagi menerima panel penilai antarabangsa untuk mengiktiraf Taman Kinabalu sebagai UNESCO Global Geopark.

“Program-program penguatkuasaan, pengawalan dan kajian hidupan liar juga akan dipergiatkan untuk menambah baik pengurusan hidupan liar dan membangun sektor pelancongan berasaskan konservasi hidupan liar di negeri ini,”katanya.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular