DUN Sabah : Kerajaan Negeri Komited Teruskan Agenda Prihatin Rakyat

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:54 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri amat komited untuk meneruskan agenda prihatin rakyat selaras dengan teras Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata, pelbagai bantuan telah disediakan Kerajaan Negeri bagi meringankan beban hidup rakyat khususnya golongan B40, M40 dan miskin.

“Antaranya meliputi bantuan dan galakan dalam bidang pendidikan seperti Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off (BUDI), Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), Bantuan Ihsan Komputer Kepada Pelajar (BAIK) dan Bantuan Ihsan Makanan Pelajar Terjejas COVID-19 (IMPAC).

“Kerajaan Negeri juga melaksanakan inisiatif Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS) bagi memantap peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk menjaga kebajikan pelajar dan sekolah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar kerajaan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16 di DUN Sabah disini hari ini.

sTun Juhar berkata, Kerajaan turut menyalurkan Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) untuk pembekalan keperluan alat-alat kelengkapan sekolah dan Anugerah Khas Kecemerlangan Pendidikan (AKSA) bagi mengiktiraf dan menghargai pelajar-pelajar asal Sabah yang berjaya mengharumkan nama negeri Sabah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *