HomeUtamaPengeluaran RM 10,000 KWSP Diluluskan

Pengeluaran RM 10,000 KWSP Diluluskan

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 secara sekaligus (one-off) bagi tujuan meringankan beban rakyat yang masih terkesan dengan pandemik.

Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merayu agar pencarum yang tidak berhadapan kekangan kewangan agar tidak mengeluarkannya.

Menurut Perdana Menteri, ia merupakan keputusan yang sukar kerana melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

“Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak,” kata Ismail Sabri dalam sidang media sebentar tadi.

“Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan. KeluargaMalaysia,” tambah Ismail Sabri.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

Menurut Perdana Menteri, berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.”

Menurut Perdana Menteri penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular