HomeUtamaCOVID-19 : Jangkitan Bertambah 61 Kes

COVID-19 : Jangkitan Bertambah 61 Kes

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah bertambah 61 kes pada hari ini berbanding semalam menjadikan jumlah kumulatif harian yang dilaporkan adalah sebanyak 769 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, meskipun Kota Kinabalu; Penampang dan Tuaran mencatat penurunan jumlah kes namun Kota Kinabalu merekodkan penurunan dalam skala kecil.

“Walaupun daerah Kota Kinabalu 175 (-27), Penampang  66 (-4) dan Tuaran 64 (-6) mencatatkan penurunan jumlah kes baharu, tetapi kecuali Kota Kinabalu, penurunan tersebut adalah dalam skala yang kecil.

“Ianya juga tidak dapat mengimbangi kenaikan kes baharu di daerah-daerah lain. Kebiasaannya kedudukan kes harian di ketiga-tiga daerah ini menjadi penentu kepada pergerakan turun-naik jumlah kes harian bagi negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, pada hari ini daerah-daerah seperti Papar 60 (+28), Beaufort 57 (+10), Kota Belud 33 (+17), Keningau 31 (+9), Tambunan 29 (+10) dan Putatan 28 (+9) adalah antara penyumbang kepada jumlah kes yg lebih tinggi di Sabah berbanding semalam.

Katanya, sebanyak 754 atau 98.05 peratus daripada 769 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, lima kes dalam Kategori 3, empat kes dalam Kategori 4 dan enam kes dalam Kategori 5.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular