HomeUtamaPermohonan GSSP,GSSK Bermula 1 April Ini

Permohonan GSSP,GSSK Bermula 1 April Ini

Read Time:1 Minute, 34 Second

KUALA LUMPUR: Penggiat industri pelancongan, seni dan budaya digalakkan memohon Geran Sepadan Sektor Pelancongan (GSSP) dan Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK), mulai 1 April depan.

Ia adalah bagi menyemarak serta merancakkan semula sektor pelancongan yang terjejas teruk susulan pandemik COVID-19.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata kedua-dua geran menerusi inisiatif Geran Padanan Pelancongan, Seni dan Budaya (GPPSB) itu membabitkan peruntukan sebanyak RM50 juta.

“Kedua-dua geran itu adalah inisiatif kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) seperti yang diumumkan ketika Bajet 2022 bawah Pelan Pemulihan MOTAC.

“Geran itu juga bertujuan membantu penggiat industri daripada pelbagai sektor serta latar belakang dalam penganjuran program atau acara pelancongan, seni dan budaya yang berimpak tinggi,” katanya dalam sidang media di Parlimen disini semalam.

Nancy berkata, geran itu juga akan dapat membantu penggiat industri berkaitan untuk terus berdaya saing mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan selamat.

Katanya, ia juga akan dapat merangsang ekosistem kesenian dan kebudayaan negara untuk aktif semula, di samping memartabatkan kembali Malaysia sebagai destinasi pelancongan terunggul di rantau Asia.

“GSSP memfokus kepada penganjuran program atau acara domestik dan antarabangsa apabila pintu sempadan negara dibuka semula nanti.

“Mekanisme pelaksanaan GSSP bagi kategori domestik ialah hingga RM500,000, manakala antarabangsa pula hingga RM1 juta, dan penganjur dibenarkan memohon lebih daripada satu penganjuran tetapi setiap permohonan perlu mempunyai konsep serta pengisian yang berbeza.]

“Tempoh pelaksanaan program atau acara yang diluluskan adalah hingga 31 Disember depan, dan sebarang pelanjutan tempoh pelaksanaan selepas tarikh terbabit adalah tidak dibenarkan,” katanya.

Bagi GSSK pula, Nancy berkata, ia memfokus kepada penganjuran seni dan budaya berimpak tinggi dengan jumlah peruntukan maksimum yang boleh dipertimbangkan ialah sebanyak RM500,000 bagi setiap program atau acara.

“Penganjur dibenarkan memohon lebih daripada satu penganjuran program atau acara tetapi setiap permohonan perlu mempunyai konsep dan pengisian yang berbeza,” katanya.

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang: www.tourism.gov.my.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya