HomeUtamaKadar Pemberian Vaksin Kanak-Kanak, Dos Penggalak Masih Rendah

Kadar Pemberian Vaksin Kanak-Kanak, Dos Penggalak Masih Rendah

Read Time:1 Minute, 12 Second

PUTATAN : Kadar pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) khususnya di daerah ini dilihat masih rendah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ia termasuklah pemberian vaksin bagi dos penggalak yang dikhususnya kepada golongan dewasa.

“Pada hari ini, program outreach daerah Putatan menumpukan pemberian vaksin bagi dos penggalak dan juga kepada golongan kanak-kanak atau PICKids.

“Untuk daerah Putatan setakat ini jumlah pemberian vaksin bagi kanak-kanak telah mencapai 23.5 peratus, tapi ia masih rendah berbanding sasaran kita untuk mencapai 50 peratus menjelang pembukaan sekolah 21 Mac ini.

“Jadi saya merayu kepada ibu bapa untuk datang ke mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) atau fasiliti kesihatan berdekatan untuk tujuan mendapatkan vaksin untuk anak-anak anda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Outreach Daerah Putatan disini hari ini.

Shahelmey berkata, trend jangkitan COVID-19 dikalangan kanak-kanak turut dilihat semakin meningkat khususnya kepada mereka yang tidak menerima vaksinasi.

“Menjelang pembukaan sekolah nanti kita harap agar ramai kanak-kanak sudah mendapat vaksin dan ini sudah tentu dapat membantu mengawal penularan jangkitan COVID-19 dikalangan kanak-kanak.

“Bagi dos penggalak di Putatan, kita telah mencapai peratusan agak rendah iaitu 25 peratus bagi penduduk Putatan yang layak menerima vaksinasi.

“Sama seperti PICKids, kita juga menggalakkan kepada semua orang dewasa yang belum mendapatkan dos penggalak khususnya warga emas untuk hadir ke PPV atau fasiliti kesihatan berhampiran untuk mendapatkan vaksinasi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya