HomeIsu tempatanTerima Kasih, Saya Hargai Sumbangan Diberikan - Abdul Rahman

Terima Kasih, Saya Hargai Sumbangan Diberikan – Abdul Rahman

Read Time:1 Minute, 6 Second

TAMPARULI: “Terima kasih dan saya hargai sumbangan yang diberikan sempena menjelang Ramadan ini,” kata Abdul Rahman Eki,66.

Warga emas yang tinggal bersendirian di Kampung Topokon itu berkata, sumbangan yang diberikan itu mampu meringankan sedikit bebanan yang kini sukar bergerak ekoran mengalami beberapa masalah kesihatan.

Abdul Rahman berkata demikian ketika menerima lawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli Datuk Jahid Jahim disini hari ini.

Sumbangan yang disalurkan adalah berupa bakul makanan yang disumbangkan pihak masjid dan Jabatan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Kecil Tamparuli.

Jahid yang sebelum itu hadir menyempurnakan program Gotong-Royong sempena Ambang Ramadhan di Masjid Al-Hidayah disini.

“Saya meminta agar beliau (Abdul Rahman) sentiasa menjaga kesihatan dan mendoakannya agar sentiasa sihat walafiat.

“Beliau juga merupakan teman sepermainan saya semasa berada di Ladang Estet Topokon suatu ketika dahulu, dan kami membesar bersama-sama,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Topokon, Mary Martin berkata, warga emas tersebut menerima bantuan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat  sebanyak RM500 sebulan.

“Dia sebenarnya ada ahli keluarga lain yang tinggal berhampiran rumahnya, tetapi difahamkan dia lebih suka untuk hidup sendirian,” kata Mary.

Turut hadir Pegawai Tadbir Agama JHEAINS, Suffian Kundu, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah (KBPD) IPD Tuaran, ASP Raji Hussin Suhodin, dan wakil Jawatankuasa Masjid Al-Hidayah Pekan Topokon, Dansui Abdullah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular