HomeUtamaMangsa Kebakaran Di Tawau Terima RM500 Setiap KIR

Mangsa Kebakaran Di Tawau Terima RM500 Setiap KIR

Read Time:47 Second

KOTA KINABALU :  Mangsa kebakaran di Kampung Kurnia Jaya Batu 4 Jalan Apas Tawau hari ini menerima sumbangan RM 500 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR).

Sumbangan Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS) itu diserahkan oleh Timbalan Dipertua MUIS, Malai Ali Malai Ahmad kepada Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Penyerahan sumbangan turut disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Mohd Ariffin berkata, bantuan tersebut akan diagihkan kepada lebih 500 KIR dengan jumlah RM500 bagi setiap keluarga.

“Kita telah mendapat maklumat terperinci berkaitan 500 keluarga yang terjejas akibat kebakaran ini. 

“Oleh itu, MUIS akan membantu meringankan sedikit sebanyak beban ditanggung mangsa dan semoga ada manfaatnya,” katanya kepada media.

Beliau juga meminta agensi agama lain selain MUIS seperti Jabatan Kemajuan  Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YaPEIM) untuk tampil membantu meringankan masalah dihadapi penduduk terlibat.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya