HomeIsu tempatanBot Kargo Ditahan, Langgar Syarat Pengangkutan Barang

Bot Kargo Ditahan, Langgar Syarat Pengangkutan Barang

Read Time:1 Minute, 25 Second

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan sebuah bot kargo tempatan yang sarat dengan pelbagai barang di perairan Kuala Sungai Tawau, sekitar jam 9.30 malam kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata, bot ronda Maritim Malaysia yang menjalankan Ops Sejahtera/Ops Cegah Pati Selatan telah berjaya mengesan bot kargo tersebut yang bergerak dari arah Sungai Tawau menuju ke Pulau Sebatik.

“Pemeriksaan awal mendapati bot kargo tersebut dikendalikan seorang tekong lelaki warga tempatan berusia 46 tahun. Pemeriksaan ke atas barangan mendapati bot kargo tersebut membawa hasil laut dan barangan runcit untuk dihantar kepada pemborong di Pulau Sebatik.

“Namun pemeriksaan ke atas dokumentasi gagal menemui deklarasi kargo yang dibawa dan ianya telah melanggar peraturan-peraturan pengangkutan barang antara wilayah mengikut Akta Kastam 1967,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Siva Kumar berkata, tekong serta bot dan muatan diiring ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut.

Katanya, hasil penggeledahan menyeluruh ke atas bot kargo tersebut telah menemukan sejumlah 2025 kilogram rumpai laut ,17 unit tong gas memasak (LPG), 306 kilogram minyak masak, 810 kilogram tepung gandum, 2688 kilogram gula pasir dan 120 katon minuman tin di dalam bot kargo tersebut.

“Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Kawalan Bekalan 1961. Kesemua barangan termasuk bot kargo, enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM44,000.

“Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah(ESSZONE),”katanya.

Katanya, salurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau ke talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 dan talian kecemasan 999.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular