HomeUtamaDUN Sabah : Ruangan Komen FB Ditutup Elak Perdebatan Terbuka - Bung

DUN Sabah : Ruangan Komen FB Ditutup Elak Perdebatan Terbuka – Bung

Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU : Tindakan menutup ruangan komen laman Facebook Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah adalah untuk mengelakkan perdebatan secara terbuka selain mendatangkan keadaan yang tidak sihat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, media sosial itu dibina adalah untuk memberi respon kepada isu jalan yang ditularkan berbaur fitnah di dalam media sosial.

Katanya, Facebook JKR Sabah itu juga adalah sebagai platform memberi info-info mengenai bencana alam serta isu-isu semasa jalan raya.

“Tujuan JKR Sabah menutup ruangan komen adalah untuk mengelakkan pendebatan secara terbuka yang hanya mendatangkan keadaan yang tidak sihat.

“JKR ingin memastikan agar kakitangan serta orang awam tidak menjatuhkan moral dengan menjadikan Facebook sebagai medan tohmahan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan isu yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan Jannie Lasimbang dan Dr aliakbar Gulasan (ADUN Dilantik)

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, JKR Sabah mempunyai aplikasi aduan awam yang lebih sistematik dan teratur yang mampu memberi info lokasi kerosakan jalan.

Katanya, aplikasi itu juga dapat mengenalpasti situasi dengan lebih jelas dan tepat selain aplikasi tersebut dapat merekodkan aduan-aduan orang awam seterusnya mampu dimanfaatkan sebagai satu platform untuk melancarkan urusan komunikasi orang awam dengan JKR.

“Bagi Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) puIa terdapat dua platform media sosial iaitu melalui Facebook Jabatan Air Negeri Sabah dan Instagram jabatanair.official.

“Facebook JANS berperanan untuk memaparkan Notis- Notis Gangguan Bekalan Air Seluruh Sabah. Manakala Instagram JANS berfungsi untuk memaparkan Notis Pemotongan Meter dan kaedah pembayaran Bil,” katanya.

Katanya, pada ketika ini, ruangan komen media sosial JANS telah ditutup kerana Jabatan Air menggalakkan pengguna atau orang awam untuk terus menghubungi JANS Careline supaya aduan atau masalah yang disampaikan dapat diberi perhatian seterusnya diambil tindakan dengan segera tanpa terlepas pandang di ruangan komen.

RELATED ARTICLES
Utama

Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 – DOSM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular