DUN Sabah : JHEAINS,PBT akan berbincang sedia ruang solat tapak bazaar Ramadan

0
1
test2
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) akan mengadakan perbincangan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menyediakan ruangan solat di tapak bazaar Ramadan.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ruangan solat itu melibatkan surau atau musalla bersaiz sederhana terutama bagi tapak bazar Ramadan yang kekal.

“Kerajaan melalui JHEAINS akan mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa dengan PBT untuk menyediakan surau atau musalla bersaiz sederhana terutama bagi tapak bazaar Ramadan yang kekal untuk menampung keperluan pengunjung dan peniaga Islam yang menjalankan perniagaan di kawasan tersebut.

“Adapun bagi tapak bazaar sementara memadai sekadar musalla bergerak dan surau bersifat sementara,” katanya bagi menjawab pertanyaan Dr Aliakhbar Gulasan pada ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kementeriannya menyambut baik cadangan daripada Dr. Aliakbar Gulasan mengenai penyediaan surau sementara menggunakan kanopi di kawasan tapak bazaar ramadhan.

“Walau bagaimanapun, ianya adalah tertakluk kepada prosedur standard operasi (SOP) bazaar ramadhan, kesesuaian lokasi dan keluasan tapak bazaar,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here