Angin kencang, hujan lebat dan ribut petir di perairan – MetMalaysia 

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:50 Second

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang, hujan lebat dan ribut petir, berkuat kuasa hari ini. 

METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan bagi perairan Malaysia ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan negeri Perlis, Kedah, Selangor, Pahang, Sarawak Barat dan Sabah Timur sehingga jam 1 tengah hari.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (km/j) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

“Bagi aktiviti perkapalan pula amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Phuket, Selat Melaka, timur laut Samui, Sulu sehingga jam 1 tengah hari. 

Menurut METMalaysia, keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter serta berbahaya kepada bot kecil.

“Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.mydan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *