HomeUtamaKerajaan Negeri GRS - BN Catat Sejarah Kutip Hasil RM 5.449 bilion...

Kerajaan Negeri GRS – BN Catat Sejarah Kutip Hasil RM 5.449 bilion 2021 Tertinggi Sejak Merdeka

Read Time:2 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Pertama kali sejak merdeka Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (GRS – BN) telah melakar sejarah baharu dengan kutipan hasil tertinggi negeri berjaya menembusi angka RM 5 bilion dengan jumlah keseluruhan kutipan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2021 sebanyak RM 5.449 bilion.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, antara fokus Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) adalah untuk meningkatkan hasil negeri melalui pelbagai pendekatan termasuk strategi percukaian.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor melakukan gimik pelancaran Majlis Sambutan Setahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) Pelan Pembangunan SMJ 1.0 (2021-2025) di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu pada Selasa. - Foto ihsan JKM
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor melakukan gimik pelancaran Majlis Sambutan Setahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) Pelan Pembangunan SMJ 1.0 (2021-2025) di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu pada Selasa. – Foto ihsan JKM
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (dua kiri) menerima buku Laporan Tahunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong pada Majlis Sambutan Setahun Hala Tuju SMJ Pelan Pembangunan SMJ 1.0 (2021-2025) di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu pada Selasa..
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (dua kiri) menerima buku Laporan Tahunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong pada Majlis Sambutan Setahun Hala Tuju SMJ Pelan Pembangunan SMJ 1.0 (2021-2025) di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu pada Selasa. – Foto ihsan JKM

“Kita mensasarkan pertambahan hasil negeri dengan penerokaan sumber baharu, inisiatif-inisiatif pelaburan dan pelbagai aktiviti ekonomi lain melalui pembayaran seperti cukai, premium tanah dan royalti.

“Sejajar dengan usaha menggalakkan penglibatan badan berkanun dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) dalam sektor ekonomi, kerajaan juga akan mempertimbangkan strategi pemerkasaan amalan tadbir urus korporat,” kata Hajiji dalam ucapan perasmiannya sempena Majlis Sambutan Setahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) Pelan Pembangunan SMJ 1.0 (2021-2025) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu pada Selasa.

Katanya, matlamat utama adalah untuk memastikan semua badan dan syarikat terlibat menunaikan tanggungjawab pembayaran dividen yang lebih tinggi.

Bagi tahun 2021, Kerajaan Negeri telah menerima sejumlah RM112.2 juta dividen daripada badan berkanun dan GLCs yang merupakan peningkatan sebanyak 12.9 peratus berbanding tahun 2020.

“Kita mahu pemerkasaan peranan badan berkanun dan GLCs datang bersama sumbangan yang lebih signifikan kepada usaha meningkatkan hasil negeri.

“Dalam berusaha meningkatkan hasil negeri, kita juga akan sentiasa memastikan kedudukan kewangan berada dalam keadaan yang stabil dan diurus serta dibelanjakan secara berhemah tanpa menjejaskan rezab sedia ada.

“Tanggungjawab ini berkait secara langsung dengan aspek tadbir urus, keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian kerajaan yang juga merupakan pemboleh daya SMJ,” jelas Hajiji.

Menurut Hajiji, Kerajaan Negeri juga sedang dalam peringkat akhir
memuktamadkan perundingan dengan Kerajaan Persekutuan berhubung kajian semula pemberian khas kepada Negeri Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

“Kita yakin rundingan ini akan dapat memberikan jumlah pertambahan pemberian khas pada kadar yang signifikan sekali gus akan membantu meningkatkan hasil negeri,” ujarnya.

Dalam pada itu, sempena sambutan Setahun SMJ, Hajiji berkata SMJ ialah satu hala tuju kerajaan negeri dan telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan juga projek pembangunan.

“Kita harapkan semua kementerian, jabatan dan pegawai kerajaan supaya memastikan Hala Tuju SMJ akan berjaya dan dapat dilaksanakan mengikut yang telah ditetapkan.

“Bagi saya Hala Tuju SMJ ini sebagai panduan untuk membangunkan negeri Sabah dan juga rakyatnya,” tambah Hajiji semasa ditemui pemberita selepas majlis perasmian itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya