HomeUtamaCOVID-19: Kadar jangkitan sporadik kembali naik

COVID-19: Kadar jangkitan sporadik kembali naik

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Peratusan jangkitan COVID-19 secara sporadik di Sabah kembali naik pada hari ini dengan 64.22 peratus daripada 313 kes yang dilaporkan pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia bermakna risiko jangkitan COVID-19 dikalangan masyarakat juga semakin tinggi.

“Sekali lagi rakyat diperingatkan agar sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) khususnya semasa berada dikhalayak ramai lebih-lebih lagi di tempat-tempat yang sesak,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, trend peningkatan itu merupakan pertambahan sebanyak 62 kes berbanding jumlah semalam sekaligus melepasi angka 300.

Katanya, kes harian yang semakin naik adalah sejajar dengan trend pertambahan jangkitan baharu di lebih banyak daerah di Sabah.

“Hari ini 14 daerah mencatatkan pertambahan yang didahului oleh Kota Kinabalu dengan 104 kes baharu, 40 kes lebih tinggi daripada sebelumnya.

“Putatan (30), Papar (28) dan Penampang (23) semuanya mencatatkan peningkatan jangkitan baharu.

“Daerah-daerah yang mencatatkan penurunan kes harian adalah pada kadar yang marginal. Telupid, Tongod dan Nabawan tidak mencatatkan sebarang kes baharu.,”katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, seramai 305 orang atau 97.45 peratus daripada 313 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.

Katanya, dua orang berada dalam Kategori 3, tiga orang dalam Kategori 4 dan tiga pesakit dalam Kategori 5 pada hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 – DOSM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular