Pembinaan CIQ di Kalabakan perlu terus dilaksanakan, bantu tingkat ekonomi negeri

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Kalabakan perlu terus dilaksanakan bagi membantu meningkatkan ekonomi negeri dan penduduk di Sabah.

Ketua Penerangan BERSATU Negeri Sabah, Khairul Firdaus Datuk Akhbar Khan berkata, keputusan menangguhkan pembinaan CIQ itu dilihat menghalang ekonomi Sabah untuk berkembang pesat.

“Seperti CIQ yang lain, pelaksanaan kompleks itu telah membawa banyak kejayaan dari segi peluang perkembangan ekonomi penduduk setempat.

“Antara CIQ yang dilihat maju dan membawa kejayaan antaranya CIQ Bukit Kayu Hitam, Kedah dan CIQ di Johor,”katanya dalam kenyataan media disini hari ini.

Khairul Firdaus berkata, keputusan menangguhkan dari Kerajaan Persekutuan itu amat mengecewakan rakyat dan seluruh penduduk negeri Sabah.

“Perkara ini amat mengecewakan, sebabnya kita sedar akan potensi yang bakal dicipta oleh CIQ tersebut, kerana kita tahu bahawa negara jiran kita sudah berpindah ibu negara mereka, ke Kalimantan.

“Amat rugi untuk kita di Sabah kerana belum ada sebarang tindakan yang menyahut ruang dan peluang bagi kita meningkatkan dan memulihkan kembali ekonomi kita melalui pembinaan CIQ tersebut,” katanya.

Sementara itu, Khairul Firdaus turut menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan perlu meneliti semula perkara tersebut dan tidak mensia-siakan peluang yang bakal wujud kelak.

“Tidak ada satu alasan munasabah pun, untuk kita tidak meneruskan projek pembinaan CIQ ini, kerana pembinaan CIQ ini akan mewujudkan pelbagai sektor dan peluang-peluang baharu seperti kepada kita,”katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *