HomeEkonomiBUS diseru terokai bidang lebih alternatif - Yakub

BUS diseru terokai bidang lebih alternatif – Yakub

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU : Para usahawan yang bernaung dibawah Business Usahawan Sepanggar (BUS) diseru untuk terus menerokai bidang atau produk baharu yang lebih alternatif sesuai dengan pasaran dunia masa kini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, ia bagi memastikan perniagaan dan produktiviti terus relevan dan bersaing maju.

Katanya, antara produk baharu yang boleh diterokai termasuklah pertanian, perladangan, perkhidmatan, kejuruteraan, kesenian, multimedia dan lain-lain.

“BUS juga perlu membuat penampilan yang lebih mantap dan efisien di samping dapat mempertajamkan lagi ilmu Marketing Digital selaras dengan perkembangan dalam dunia perniagaan yang semangkin mencabar lebih-lebih lagi kita akan mengharungi fasa baharu endemik bermula 1 April 2022.

“Saya juga ingin menyeru kepada golongan belia dan beliawanis diluar sana agar dapat menyahut segala peluang yang telah di sediakan oleh kerajaan terutama sekali di dalam peluang-peluang seperti kursus, latihan dan program keusahawanan agar dapat memantapkan lagi kemahiran dan perniagaan masing-masing,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan BUS disini hari ini.

Yakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata, setiap pengorbanan usahawan akan beroleh kejayaan jika semua terus berusaha gigih dan mempunyai iltizam kuat.

Katanya, beliau akan sedaya upaya untuk membantu BUS sebaik yang mungkin dan termampu.

“Saya mengharapkan agar komitmen seperti ini akan dapat diteruskan kerana saya yakin dan percaya dengan kepakaran dan pengalaman yang luas pihak terlibat mampu untuk membantu dan membimbing Usahawan yang terdapat di dalam BUS,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Saya serahkan kepada pihak berwajib – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular